Masih Ada Sinar

Liga Malaysia (Liga-M) masih mampu menawarkan masa depan yang cerah di sebalik dipalit isu gaji.

Bekas pemain tengah kebangsaan, Rezal Zambery Yahya, yakin setiap pasukan mampu mengatasi mas@lah yang ada melalui kerjasama daripada semua pihak dalam memainkan peranan memacu bola sepak negara.

Berbagai mas@lah yang dihadapi (dalam kancah bola sepak) terutama apabila C0V!D-19 melanda yang memberi kesan di seluruh dunia.

Tetapi saya percaya bola sepak masih boleh dijadikan kerjaya pada masa akan datang.

Kita hanya lihat (tumpu) pasukan-pasukan yang bermas@lah, cuba kita lihat pasukan yang gah dalam liga.

“Itu penanda aras untuk pemain lain beraksi lebih baik kerana bola sepak ini boleh menjamin masa depan mereka,” katanya ketika dihubungi Nadi Arena hari ini.

Sisi neg@tif terutama mengenai mas@lah kantung dua persatuan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), sudah melebihi tunggakan gaji melebihi tiga bulan dan adalah tidak wajar apabila kepimpinan tertinggi bersikap lepas tangan.

Beliau sepatutnya menyelesaikan mas@lah yang ada, sama ada masalah lampau atau sekarang.

Beliau (Sanusi Md Noor) adalah presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), apabila pemain utama mengadu tidak mendapat gaji, usaha perlu dilakukan dan beliau tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.

“Ini amanah dan tanggungjawabnya. Saya percaya sebelum beliau dilantik, mereka sudah mengetahui mas@lah gaji yang dihadapi,” katanya.

Malah, Rezal, yang pernah bertindak sebagai presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), menolak tanggapan bahawa pemain terlalu membvru tawaran lumayan sehingga sanggup mengetepikan sejarah mas@lah yang pernah dihadapi persatuan seperti KAFA.

Yang pertama, pemain perlu mencari pasukan dan ada tawaran daripada pasukan-pasukan pada musim baru.

Mereka tahu sejarah (mas@lah) Kelantan tetapi (masih memeterai perjanjian) atas dasar kepercayaan dan adanya perubahan dalam pasukan, tetapi saya percaya ia menjadi rumit atas sebab hutang lama.

Apabila ia berlarutan, maka hutang itu semakin bertambah dan ia memberi kesan kepada pemain skuad 2020.

“Mas@lah ini perlu diselesaikan secepat mungkin kerana kami tidak mahu ia mengg@nggu pasukan apabila saingan liga kembali.”