Masih Tercari-Cari Pasukan Baharu

Seremban: Sekalipun masih belum berhasrat mengg4ntung but namun hasrat Shahurain Abu Samah untuk beraksi pada sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini mungkin tidak kesampaian.

Ini berikutan sehingga kini belum ada mana-mana pasukan dalam liga dom3stik yang menunjukkan minat mendapatkan pemain berpengalaman itu.

“Setakat ini belum ada mana-mana pasukan dalam Liga M yang menyatakan hasrat untuk mengambil saya bermain.

“Walaupun sebelum ini terdapat satu dua pasukan yang berbincang secara lisan, namun ia tiada kata pvtus.

“Saya masih tercari-cari pasukan baharu kerana minat masih kuat untuk ber4ksi, tanpa mengira pasukan sama ada dalam Liga Perdana mahupun Liga FAM,” katanya.

Bekas pemain Negeri Sembilan musim lalu itu berkata, dia masih mampu memberikan persembahan terbaik sekiranya diberi peluang, malah akui bebas daripada sebarang kec3deraan selain masih mengekalkan tahap kecergasan terbaik.

Menurutnya, walaupun akui kebanyakan pasukan mahu menggunakan khidmat pemain muda, tetapi pemain berpengalaman sepertinya juga boleh memberikan sumbangan terbaik dalam membantu menjul4ng nama pasukan.

“Jika mengambil kira r3kod dan pencapaian beberapa pasukan dalam Liga M sebelum ini, tidak dinafikan sumbangan pemain berpengalaman yang dilihat masih penting dalam membantu kejayaan sesebuah pasukan.

“Bagaimanapun, saya akui pengurusan sesebuah pasukan itu mempunyai kriteria dan str4tegi tersendiri dalam memilih pemain mereka.

“Setakat ini, saya belum bercadang untuk mengg4ntung but dan jika ada tawaran, saya bersedia untuk bermain,” kata pemain kelahiran Kajang, Selangor yang kini berusia 35 tahun.

Sumber MH