Masih terlalu awal untuk menilai

Pasukan reserve kepada juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim iaitu Johor Darul Ta’zim II tewas kepada kelab dari Liga 1 Indonesia, Madura United pada satu perlawanan pra musim.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin semalam, JDT II menurunkan beberapa pemain baharu seperti Fernando Rodriguez, Kei Hirose dan graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Umar Hakeem Suhar Redzuan.

JDT II terlebih dahulu berada di hadapan apabila Firdaus Ramli yang juga sepupu kepada pemain tengah Terengganu FC, Sharin Sapien menjaringkan gol pada minit ke-21. Separuh masa pertama tamat dengan JDT berada di hadapan.

Memasuki separuh masa kedua, Madura yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan menggand4kan as4kan dan mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan bekas pemain Felcra FC, David Laly pada minit ke-49.

Usaha Madura untuk mencari gol kemenangan akhirnya membuahkan hasil apabila Rifaldy Bawuo menjaringkan gol pada masa keced3raan sekaligus memberikan kemenangan untuk Madura.

Pada perlawanan pra musim yang seterusnya, Madura akan bertandang ke Kuala Terengganu bagi menghadapi Terengganu FC.