Melaka United FC Tidak Meletakkan Sas4ran Tinggi

MELAKA United FC tidak meletakkan sas4ran tinggi dalam sa!ngan Liga Super musim depan dengan kedudukan tempat keempat dan keenam liga dilihat relevan untuk pasukan Hang Jebat itu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola S3pak Melaka (MUSA) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, sas4ran itu dibuat berdasarkan kemampuan kewangan yang telah ditetapkan.

“Melaka United FC telah menetapkan peruntukan kewangan yang relevan bagi mempersiapkan pasukan bagi memberi sa!ngan dalam Liga Malaysia 2021.

“Bagi sa!ngan Liga Super 2021, sas4ran yang ditetapkan adalah menamatkan tempat keempat hingga keenam liga berdasarkan kemampuan prestasi dan kewangan yang ditetapkan.

“Bagi sa!ngan Piala FA dan Piala Malaysia pula sas4ran yang diletakkan adalah mara sejauh mungkin, jika salah satu pertandingan ini Melaka United FC mampu mara ke perl4wanan akhir, ia adalah pencapaian terbaik buat ketua jurulatih,” katanya.

Untuk rekod, Melaka United berada di kedudukan kesembilan dalam sa!ngan Liga Super musim lalu dan t3was kepada Selangor 1-2 dalam pusingan pertama Piala Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pasukan tersebut akan dikenali sebagai Melaka United FC (MUFC) pada musim depan selaras dengan kehendak Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM) yang mewajibkan semua pasukan diswastakan sepenuhnya.

“Ini bermakna pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga sama ada Liga Super atau Liga Premier yang telah diswastakan sebagai kelab bola s3pak layak untuk bertanding dalam semua pertandingan bola s3pak anjuran Liga Bola S3pak Malaysia (MFL).

“Untuk makluman semua, Melaka United FC telah pun didaftarkan di bawah Melaka United Football Club Sdn Bhd yang diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif, telah diperbadankan sebagai Syarikat Persendirian di bawah Akta Syarikat 2016 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 10 Ogos 2020,” katanya.

Sumber-SH