Melaka United Perlu Dicontohi

MELAKA: Melaka United menek4nkan perbelanjaan berhemah dan berhati-hati dalam menyediakan pasukan bagi sa!ngan Liga Malaysia 2021 susulan pand3mik Cov!d-19 yang masih belum berakhir.

Pengurus pasukan, Muhammad Akram Abdullah berkata, dengan bajet yang cukup terhad pengurusan kewangan akan disusun rapi untuk membolehkan perjalanan pasukan yang efektif sesuai dengan peruntukan terbabit.

“Walau bagaimanapun bukan bermakna kami akan mengambil sikap tangk4p muat tetapi tetap memastikan pilihan pemain berkualiti dengan perbelanjaan sesuai dan berbaloi.

“Bagi pemilihan pemain, kami akan memberi ruang penuh kepada ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan untuk menentukan barisan yang membarisi pasukan musim 2021,” katanya.

Menurutnya, dia yakin pasukan berkenaan akan memberi persembahan terbaik dengan sentuhan Zainal yang sudah melihat perkembangan pasukan sepanjang dua musim sebelum ini.

Dalam masa sama, dia mengucapkan terima kasih kepada pengurusan tertinggi Melaka United Football Club (MUFC) dan Persatuan Bola s3pak Melaka United (MUSA) yang melantiknya sebagai pengurus pasukan berkenaan.

Katanya, amanah terbabit amat berat namun dia akan memfokuskan sepenuhnya tugas yang disandang dalam memastikan pasukan mampu bersa!ng di Liga Malaysia yang lebih menc4bar kali ini.

Sumber-MH