Menafikan Berkenaan Prestasi Bola Sepak Sabah

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin menafikan prestasi sukan bola s3pak negeri itu kurang member3ngsangkan dalam tempoh lima tahun lalu, sebaliknya ia tetap cemerlang termasuk memenangi kejuaraan Liga Perdana tahun lalu.

Katanya, sepanjang tempoh berkenaan juga pasukan bola s3pak negeri itu turut berjaya memenangi pingat gangsa dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak dan SUKMA 2018 di Perak.

“Ini menunjukkan prestasi bola s3pak Sabah sebenarnya adalah antara yang terbaik di Malaysia. Namun demikian, ia tidak bermakna kerajaan berpuas hati dengan prestasi pasukan kita pada ketika ini,” katanya ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Ellron yang juga bekas atlet pecut Sabah berkata demikian mengulas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Peto Galim yang mengatakan bola s3pak Sabah tidak member4ngsangkan sejak lima tahun kebelakangan ini.

Bagi memantapkan program Pembangunan Sukan Bola S3pak Sabah, Ellron berkata satu program dikenali Pembangunan Bola S3pak Negara (PPBN) dilaksanakan sejak 2018 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) dan Persatuan Bola S3pak Sabah (SAFA).

“Objektif program ini adalah untuk menaik taraf pendidikan jurulatih. Ia langkah positif untuk pencarian pemain berkualiti akar umbi dan menyediakan bakat muda sehingga ke pemain bola s3pak profesional. Melalui program ini, sebanyak lima pusat ditubuhkan di seluruh negeri iaitu di Kota Kinabalu, Keningau, Kinabatangan dan Tawau,” katanya.

Sebagai tambahan, katanya, seramai 578 pelatih lelaki dibimbing menerusi program Akademi Tunas (AT) bawah 12 tahun manakala 643 pelatih lelaki bawah 17 tahun menjalani program pembangunan bola s3pak di Pusat Latihan Daerah (PLD) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN).

Sumber-BH