Meneliti Calon Import Bagi Mengisi Kekosongan

Kota Bharu: Sasaran empat pasukan terbaik pada sa!ngan Liga Perdana musim depan yang diletakkan ketua jurulatih baharu Kelantan United (KUFC), Akira Higashiyama, adalah realistik dan bersesuaian dengan romb4kan menyeluruh pasukan itu.

Penolong pengurus pasukan, Nik Khuzaimi Nudin berkata perubahan keseluruhan dari aspek pemain dan jurulatih mampu memberi sa!ngan seng!t kepada pasukan lain.

“Jika pegawai dan jurulatih berganding bahu bekerjasama erat sepanjang pramusim, insya Allah kita mampu membina skuad terbaik untuk mencapai sas4ran itu,” katanya.

Menurutnya, kelab itu sedang meneliti calon pemain import bagi mengisi kekosongan baki tiga lagi pemain import selepas menandatangani pemain tengah import dari Jepun, Yuki Tanigawa.

Katanya, beliau turut berharap Akira mampu menyuntik semangat baharu ke dalam skuad KUFC seterusnya menyiapkan pasukan sebelum tirai Liga Malaysia (Liga M) dibuka dengan rasminya pada penghujung Februari depan.

“Walaupun Akira masih muda dan berusia 31 tahun, kami yakin beliau mempunyai sesuatu yang baharu untuk diterapkan kepada pemain ketika latihan dan setiap perl4wanan yang bakal dilalui,” katanya.

Untuk rekod, KUFC pada sa!ngan Liga M turut mencipta kejutan apabila berjaya melayakkan diri buat julung kalinya pada cabaran Piala Malaysia musim ini selepas tiga tahun penubuhan pasukan itu.

Sumber-MH