Mengakui Berdepan Perasaan Gembira Dalam Sedih

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berharap Harimau Malaya tidak lagi terus berehat panjang tahun depan.

Ia selepas skuad negara tidak dapat mengh4rungi aksi sepanjang tahun ini susulan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan Piala AFF ditunda ke tahun depan akibat pand3mik COV!D-19.

“Kalau ikut perancangan pasukan kebangsaan akan buat kem latihan pada Mac, tapi kita lihat pand3mik COV!D-19 masih tidak menentu.

“Jadi kita tunggu dan lihat. Kita juga harap dapat mengh4rungi perl4wanan kelayakan dengan UAE (Emiriah Arab Bersatu) dalam aksi kelayakan dan adakan aksi pem4nas badan,” kata Cheng Hoe kepada BH Sukan, semalam.

Walaupun tiada aksi, ranking terbaharu Harimau Malaya bagaimanapun naik satu anak tangga ke kedudukan 153 dunia.

Mengulas mengenai perkara itu, Cheng Hoe mengakui berdepan perasaan gembira dalam sedih kerana pasukannya tidak dapat turun ke gelanggang sepanjang tahun ini.

“Sebagai jurulatih, jika ranking naik selepas kita dapat memanggil pemain ke kem latihan pusat dan dapat bermain dalam pertandingan, ia satu kepuasan. Tapi disebabkan semua pertandingan ditunda, tak ada apa yang nak diraikan,” katanya.

Sumber-MH