Mengharapkan Kejutan Berlaku

KUALA LUMPUR: Dua calon bukan pilihan, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman dan Samuel Somerville mengharapkan kejutan berlaku pada Anugerah Bolas3pak Kebangsaan 2020 (ABK 20) Virtual pada 30 Disember ini.

Wan Amirul yang kali pertama tercalon dalam anugerah itu bagi kategori Pertahanan Terbaik perlu bersa!ng dengan majoriti pemain lebih ternama seperti Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), Shahrul Saad (Perak), Shakir Hamzah (Kedah), Azmi Muslim (Pulau Pinang), La’ Vere Corbin-Ong (JDT), Matthew Davies (JDT), Rafiuddin Roddin (Perak), Shahrul Nizam Ros Hasni (Kelantan), dan Victor Nirennold (UiTM FC).

Justeru, pemain Melaka itu mengharapkan satu jaringan dan lima bantuan gol yang dilakukan mampu meletakkannya sebagai Pertahanan Terbaik.

“Satu penghargaan sebenarnya kepada saya kerana tidak pernah tercalon. Tetapi apabila dapat berada dalam kelompok 10 calon terbaik, ia seperti beri semangat baru untuk saya beraksi lebih baik pada musim depan.

“Kita pun tahu musim 2020 sangat menc4bar dan setiap pemain ada peluang masing-masing untuk tonjolkan prestasi terbaik dalam tempoh sa!ngan liga yang singkat. Jadi, saya berasa sangat bersyukur tercalon dalam anugerah itu dan sedar bukan mudah untuk menya!ngi calon lain,” katanya.

Sementara itu, Somerville yang tercalon bagi kategori Penjaga Gol Terbaik menyifatkan musim 2020 adalah pencapaian terbaiknya bersama Pulau Pinang sehingga layak beraksi di sa!ngan Liga Super 2021.

Bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu hanya b0los lapan gol dalam aksi Liga Perdana musim ini, sekali gus menyaksikan kejuaraan milik Pulau Pinang.

Namun, Somerville bagaimanapun tetap menganggap penjaga gol JDT, Farizal Marlias sebagai calon pilihan memenangi anugerah itu berdasarkan pencapaiannya bersama Harimau Selatan.

“Setiap pemain mestilah nak menang, tetapi saya tahu ramai lagi pen4abar lain yang layak untuk menang. Antaranya, Farizal yang mana saya tahu bagaimana (sumbangan) dia di atas padang.

“Siapa pun yang akan menang nanti, pastinya dia adalah yang benar-benar layak berdasarkan pencapaian yang dilakukan pada musim ini,” katanya.

Lapan lagi calon untuk kategori Penjaga Gol Terbaik adalah Iqbal Suhimi (Kuching FA), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (PJ City FC), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Khairulazhan Khalid (Selangor), Remezey Che Ros (UKM FC), Sharbinee Allawee (Pahang), Suhaimi Husin (Terengganu FC II) dan Zamir Selamat (Kuala Lumpur).

Sumber-BH