Menjadi Faktor Kerisauan

SUSULAN tiada aksi antarabangsa sepanjang musim 2020 mewujudkan kebimbangan kepada skuad Harimau Malaya menjelang dua aksi getir sa!ngan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 men3ntang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam pada Mac depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM) merangkap pengurus skuad kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui pasukan negara kini memiliki tempoh terhad untuk melakukan persiapan bagi meneruskan momentum cemerlang dalam sa!ngan Kumpulan G kempen kelayakan itu.

Turut menjadi kegusa4an beliau adalah prestasi pasukan kendalian ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, selain aspek kombinasi pemain dalam skuad kebangsaan selepas lebih setahun tidak menjalani kem latihan pusat susulan penul4ran pand3mik Cov!d-19.

Menyedari UAE dan Vietnam sudah melakukan persediaan lebih awal, Mohd Yusoff berkata, Cheng Hoe serta barisan pemain negara perlu memanfaatkan kem latihan pusat bermula 15 hingga 26 Januari ini yang menjadi sesi latihan berpasukan pertama skuad kebangsaan sejak November 2019.

“Sejujurnya, ada sedikit kerisauan tetapi saya mengharapkan jurulatih dapat merangka sesuatu perancangan yang lebih komprehensif serta menepati dan dapat menyediakan pasukan walaupun dalam masa singkat.

“Barisan pemain juga perlu memainkan peranan, maknanya kali ini pemain juga kena berkorban dan memberi penumpuan lebih daripada 100 peratus kerana masa yang sedikit ini perlu digunakan sebaik mungkin bagi kita menyediakan sebuah pasukan mantap,” katanya pada Selasa.

Selepas lima perl4wanan, Malaysia hanya dipis4hkan dua mata di belakang pendahulu Kumpulan G, Vietnam yang mengumpul 11 mata sementara Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata), UAE keempat (enam mata) dan Indonesia di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Layak ke Piala Asia 2023 adalah misi pasukan kebangsaan dalam Peta Hala Tuju FAM (F:30) dan selepas meraih kemenangan ke atas Thailand serta Indonesia dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini, Malaysia kini berada di landasan terbaik untuk layak secara merit selepas kali terakhir pada edisi Piala Asia 1980 di Kuwait.

Pada masa sama, Mohd Yusoff mengharapkan kerjasama pasukan dan kelab tempatan dapat melepaskan pemain masing-masing yang terpilih ke kem latihan pusat skuad kebangsaan meskipun dalam tempoh persediaan pramusim bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia 2021 bermula hujung bulan depan.

“Tidak banyak ruang yang ada cuma bulan Januari, kita dapat peluang untuk mempersiapkan pemain dan Cheng Hoe dapat bersama pasukan setelah lebih setahun, jadi saya fikir ini perlu dihayati setiap pasukan.

“Beri beliau (Cheng Hoe) peluang mendapatkan pemain dikehendaki dalam kem latihan kali ini supaya dapat melihat prestasi pemain dalam usahanya menyediakan pasukan terbaik negara bagi menghadapi perl4wanan penting bulan Mac nanti,” katanya.

Malaysia dijadual men3ntang UAE di Dubai pada 25 Mac, sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 30 Mac. – Bernama

Sumber-SH