Menjadi Kebimb4ngan Pengurus Pasukan Sri Pahang FC

KUANTAN: Perasaan bimbang jelas tidak dapat disembunyikan oleh Dollah Salleh apabila Sri Pahang FC bert4ndang ke Alor Setar bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam s4ingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata ini kerana pasukan bimbingannya itu belum lagi berjaya mencapai tahap yang diinginkan biarpun ada perubahan yang agak ketara.

“Saya akui berasa bimbang sebaik s4ingan Liga Super bersambung terutama berdepan Kedah kerana pasukan itu dilihat mempamerkan prestasi meyakinkan pada lima perl4wanan lalu.

“Namun, saya percaya semua pemain dapat memberi persembahan terbaik mereka untuk memastikan keputusan positif memihak kepada pasukan.

“Dengan segala pendekatan yang dilakukan sepanjang tempoh rehat diyakini membantu memantapkan pasukan terutama bahagian ser4ngan yang tumpul sebelum liga berehat,” katanya.

Di sebalik kebimb4ngan itu, pengurus pasukan itu meminta anak buahnya kekal fokus sepanjang tempoh 90 minit perl4wanan. Katanya, segala peluang yang dimiliki seharusnya dimanfaatkan untuk memastikan pasukan itu memberi tek4nan kepada KDA FC.

Sumber BH