Menu Baru Pilihan Pavithra

DALCA tulang kambing menjadi pilihan YouTuber sensasi S Pavithra, yang membuat kemunculan semula hari ini di dalam media sosial itu selepas dilanda kontr0versi minggu lalu.

Video berdurasi 6 minit dan 15 saat itu yang pertama selepas semua 98 video di saluran berkenaan yang dihasilkan mereka sebelum ini dipadamkan.

Tampil bersahaja seperti sebelumnya, Pavithra, 28, menunjukkan demonstrasi masakan dalca dengan mendapat lebih 15,000 tanda suka selepas 30 minit dimuat naik.

Sehingga 7 malam ini, terdapat lebih 1,000 komen daripada netizen yang rata-rata memberikan semangat kepada suri rumah itu untuk menghasilkan video pada masa depan.

Isnin lalu, suami YouTuber itu, M Sugu memaklumkan, video baharu pasangan itu akan dimuat naik ke YouTube ‘Sugu Pavithra’ selepas perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Katanya, dia memadamkan semua video sebelum ini selepas did4kwa di Mahkamah S3syen Ipoh kerana memiliki senj4ta berb4haya dan menyebabkan kec3deraan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit.

K3s berkenaan mendapat perhatian netizen yang mengikuti saluran YouTube pasangan berkenaan yang sebelum ini turut mencvri perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Susulan saluran mereka tvlar, Muhyiddin menghadiahkan mereka tripod, ketuhar gel0mbang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.

Selain itu pasangan daripada Ipoh Perak itu berpeluang bersemuka dengan Perdana Menteri pada Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya, 9 Julai lalu.

Sumber-MH