Menunggu Khabar Gembira

Melaka: Peny3rang Melaka United (MU) Fakhrullah Rosli yakin Liga Malaysia akan berlangsung mengikut jadual seandainya Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berakhir 26 Januari depan tidak dilanjutkan.

Katanya, sebagai pemain, peminat dan penggiat sukan pasti mengharapkan pand3mik Cov!d -19 segera berakhir malah penul4ran wab4k berkenaan berjaya dikekang sekali gus menggembirakan semua lapisan masyarakat yang kini amat bimbang dengan wab4k terbabit.

Bagaimanapun, dia tidak menol4k kemungkinan liga akan ditangguhkan lebih lama jika PKP 2.0 dilanjutkan dan pand3mik berkenaan tidak berjaya dilandaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, apapun semuanya diserahkan kepada pengumuman kerajaan dan Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) berkaitan status liga berkenaan dengan apa yang penting sebagai pemain, dia harus bersedia pada bila-bila masa untuk beraksi.

“Namun latihan yang terhenti selama dua minggu ini sememangnya amat menc4bar untuk mengekalkan kecergasan kerana perlu bekerja lebih keras meningkatkan momentum yang sudah diperolehi sepanjang sesi bersama pasukan selama lebih empat minggu sebelum ini.

“Apapun saya sedaya upaya mahu mengekalkan aspek kecergasan yang dimiliki, tidak hilang sepenuhnya berikutan ianya boleh menj3jaskan sesi latihan jika di sambung kelak,” katanya.

Dalam pada itu, dia bersyukur kerana khidmatnya bersama pasukan Melaka United disambung musim ini, justeru dia berazam menunjukkan prestasi terbaik selepas diberi kepercayaan dan peluang untuk bermain.

Malah keserasian dalam pasukan berkenaan di lihat lebih terserlah kerana hampir separuh pemain musim lepas dikekalkan.

Sehubungan itu, dia amat berharap liga bakal disambung mengikut jadual dalam merancakkan lagi sukan bola s3pak di negara sekali gus menamatkan kerinduan peminat untuk menyaksikan sa!ngan Liga Malaysia.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata aksi pembuka tirai sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) 2021 yang dijadualkan pada 26 Februari depan berkemungkinan besar tidak dapat diteruskan sekalipun PKP bersambung hanya untuk dua minggu.

Jelas beliau, lanjutan PKP akan menyebabkan pasukan hanya memiliki masa kurang daripada tiga minggu sebelum menghadapi perl4wanan pertama liga dan lebih membimbangkan apabila pasukan turut tidak dapat menjalani latihan sepanjang tempoh PKP.

Beliau berkata, di atas kertas jika PKP disambung sekurang-kurangnya dua minggu bermakna bakal tamat pada 9 Februari, ianya bermakna pasukan Liga Super dan Liga Perdana cuma ada dua minggu melakukan persiapan untuk hadapi sa!ngan liga.

Justeru, sekurang-kurangnya pasukan perlu diberi sebulan untuk tempoh mempersiapkan pasukan, sebab kita faham sewaktu PKP pasukan tidak boleh adakan sesi latihan.

Musim lepas menyaksikan sa!ngan Liga M yang bermula pada akhir Februari terpaksa ditangguhkan hingga ke penghujung Ogos susulan lar4ngan kerajaan sebagai usaha memb3ndung penul4ran pand3mik itu.

Sumber-MH