Merupakan Berita Baik Kepada Pasukan Kebangsaan

Sebelum ini, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe begitu r3sah memikirkan persiapan skuad kebangsaan bagi menghadapi dua tugasan penting – Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dan Piala AFF 2020 tahun depan.

Apa tidaknya, Cheng Hoe masih tidak dapat menghimpunkan barisan pemainnya untuk menjalani kem latihan pusat atau mengadakan aksi persahabatan ekoran penul4ran pand3mik Cov!d-19.

Begitupun, Cheng Hoe mungkin sudah mampu tersenyum apabila mengetahui Piala AFF 2020 ditunda sekali lagi selepas Persekutuan Bola S3pak ASEAN (AFF) memutvskan tarikh baharu kejohanan itu pada Disember tahun depan.

Pengumuman yang dibuat AFF kelmarin ternyata melegakan Cheng Hoe memandangkan barisan pemain Harimau Malaya tidak dapat ‘berkampung’ untuk menjalani kem latihan pusat sepanjang tahun ini.

Menurut Cheng Hoe, pengumuman tersebut memberikan kesempatan buat Harimau Malaya untuk lebih fokus bagi menghadapi tiga baki aksi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

“Bagi saya, penundaan Piala AFF 2020 ini satu berita yang baik kepada pasukan kebangsaan. Sebelum ini, AFF telah memutvskan Piala AFF ditangguhkan pada April tahun depan.

“Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pula dijadualkan kembali bermula pada Mac tahun depan. Jika mengikut jadual asal Piala AFF 2020, ia memang agak padat dalam tempoh dua bulan itu.

“Jadi dengan penundaan Piala AFF 2020, ia memberi lebih banyak masa kepada saya untuk mempersiapkan pasukan dan para pemain pula boleh memberikan fokus pada Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kali terakhir anak-anak buah Cheng Hoe menghadapi aksi antarabangsa adalah pada November tahun lalu yang menyaksikan Harimau Malaya men3waskan Thailand 2-0 dan Indonesia 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dua kemenangan berharga itu menyaksikan Malaysia berada di tangga kedua Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dengan kutipan sembilan mata manakala pendahulu, Vietnam mengumpul 11 mata.Kempen kelayakan itu dijadualkan kembali bersambung pada Mac tahun depan yang mana Malaysia bakal mengh4rungi tiga baki perl4wanan men3ntang Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe berkata, beliau berharap dapat mengumpulkan semula barisan pemainnya bulan depan sepertimana yang telah dirancang Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM).

“Buat masa ini, kami masih menunggu keputusan sama ada boleh berlatih pada Januari nanti atau tidak. Semua itu bergantung kepada perbincangan antara FAM dan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dan keputusan kerajaan.

“Memang penting latihan pusat ini dijalankan kerana seperti yang kita semua ketahui, para pemain kebangsaan sudah lama tidak berlatih bersama. Jika dapat berlatih lebih awal, sudah tentu lebih baik,” ujarnya.

Sumber-SH