Merupakan Khabar Gembira Buat JDT

KUALA LUMPUR: Gelanggang rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim tercalon pada Anugerah Stadium Terbaik 2020 anjuran sebuah lam4n ses4wang berpengkalan di Poland.

Perkembangan itu dimaklumkan JDT dalam satu kenyataan menerusi akaun Fac3book rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, hari ini.

“Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih milik Kelab Bolas3pak Johor Darul Ta’zim adalah antara calon bagi anugerah ‘2020 Stadium of the Year’ dari lam4n ses4wang Poland StadiumDB.com.

“Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium pertama di Malaysia yang dicalonkan dan merupakan antara 20 stadium di seluruh dunia yang tersenarai untuk edisi semasa,” kata kelab itu.

Peminat boleh membuat undian di lam4n web rasmi stadiumdb.com dengan tempoh undian akan berakhir pada 7 Mac ini.

Sumber-BH