MFL Dan FAM Kena Ambil Pengajaran

LIGA Bola S3pak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM) perlu mengambil pengajaran membabitkan isu dua penaja iaitu CIMB dan AirAsia yang menar!k diri daripada menaja sa!ngan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad berkata badan pentadbir liga tempatan itu perlu mempunyai perancangan untuk sekurangnya menyimpan sedikit wang penajaan untuk tujuan kec3masan.

“Masalah di sini yang saya lihat adalah apabila mereka dapat penajaan yang banyak itu, mereka habiskan semua. Saya fikir mereka kena tumpu untuk melaburkan sedikit wang penajaan tersebut atau menyimpan sedikit wang untuk kec3masan.

“Berbeza pada ketika ini apabila mereka menggunakan semua wang tersebut dan apabila penaja tarik diri, maka mereka ters3pit kekurangan wang dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, MFL mengumumkan dua penaja utama sa!ngan Liga-M iaitu CIMB dan AirAsia telah mengumumkan untuk menarik diri daripada melanjutkan tajaan dalam Liga-M mulai musim depan.

Perkhabaran itu sekali gus menimbulkan kesuk4ran buat FAM dan MFL untuk mencari penaja dalam masa terdekat sebelum sa!ngan Liga-M 2021 membuka tirainya pada 26 Februari depan.

Begitupun, MFL mungkin mampu mengh3la nafas lega apabila Telekom Malaysia (TM) dilaporkan kekal komited untuk menjadi penaja Liga-M manakala F&N100Plus pula sedia meneruskan komitmen tajaan berbentuk barangan.

Mengulas lanjut, Ridzuan turut mengharapkan agar MFL dan FAM mempunyai perancangan lebih baik musim depan dan tidak boros dalam membelanjakan wang tajaan yang diterima.

“Mungkin untuk sa!ngan liga musim depan mereka boleh mengecilkan sedikit perbelanjaan dan beberapa juta ringgit wang tajaan boleh disimpan atau disalurkan untuk pelaburan.

“Jangan jadi seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang yang akhirnya akan menyusahkan perjalanan Liga-M nanti,” katanya,

Sumber-SH