Meletakkan Sas4ran Yang Tinggi Untuk Cipta Sejarah

KUALA LUMPUR: Berbaki beberapa bulan menjelang Kejuaraan Persekutuan Bola Sep4k ASEAN (AFF) 2021, tugas menc4bar menanti bekas jurulatih skuad negara, Datuk K Rajagobal bersama pasukan kebangsaan Brunei.

Rajagobal, 64, yang diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan itu semalam, meletakkan sas4ran membawa Brunei mencipta sejarah layak beraksi di pusingan akhir Kejuaraan AFF buat julung kalinya sejak pertandingan itu diperkenalkan pada 1996.

“Misi utama kita adalah memenangi perl4wanan ‘play-off’ untuk layak beraksi di peringkat kumpulan. Itu tugas pertama dan sas4ran jangka pendek saya sebagai jurulatih.

“Memang satu cab4ran pergi ke sesebuah pasukan baharu dan cuba dapatkan keputusan positif dalam masa sebulan atau dua bulan tetapi jika dalam tempoh yang singkat kami berjaya lakukan, itu satu tanda yang baik,” katanya kepada Bernama.

Rajagobal adalah individu bertanggungjawab membawa Malaysia muncul juara Kejuaraan AFF buat julung kali pada 2010 selain turut membimbing Skuad Bawah 23 Tahun negara mengakhiri kem4rau 20 tahun meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Kejuaraan AFF 2021 dijadual berlangsung dari 11 April sehingga 8 Mei dengan perl4wanan play-off akan diadakan sebelum majlis undian kumpulan kejohanan dwitahunan itu.

Sementara itu, Rajagobal mengakui pernah bercita-cita menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Brunei dan tidak menyangka selepas berpuluh tahun ia akhirnya menjadi realiti.

“Memang ia terlintas dalam fikiran dan minda tapi saya tidak jangka ia akan terjadi pada masa sekarang. Keinginan itu timbul mungkin apabila saya ke sana sebagai pemain bersama Selangor dan ketika menjadi jurulatih Malaysia,” katanya yang sah dilantik dengan kontrak dua tahun.

Beliau yang diberi jol0kan ‘King Gobal’ akan memulakan tugasnya berkuat kuasa Januari 2021.

Ia adalah kemunculan semula Rajagobal di pentas antarabangsa dalam tempoh tujuh tahun selepas membimbing skuad Harimau Malaya bermula 2009 sehingga 2013.

Sumber-BH