Mist3ri Itu Akhirnya Terjawab

Alor Gajah: Tiga hari terper4ngkap di dalam longkang. Itu nasib seekor kambing jantan sebelum diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah petang tadi.

Kambing baka tempatan itu dikatakan terjatuh ke dalam longkang besar sedalam lima meter di belakang sebuah pasar raya, di sini.

Pegawai Op3rasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD), Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima aduan awam jam 2.45 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota diketuai Sarjan Khairul Affendi Abd Aziz tiba di lokasi sebelum melakukan op3rasi mengesan kambing itu.

“Keadaan longkang yang dalam menyebabkan kambing itu gagal melepaskan diri.

“Anggota saya terpaksa mer4ngkak di dalam longkang itu sebelum men4ngkap kambing seberat kira-kira 15 kilogram menggunakan tali. Kambing iotu kemudian berjaya dikeluarkan dari dalam longkang itu,” katanya.

Sementara itu, peng4du yang mahu dikenali sebagai Hung Huei berkata, dia berasa pelik apabila mendengar bunyi jerit4n kambing dari arah belakang pasar raya tempat dia bekerja.

“Saya terkejut apabila mendapati seekor kambing terper4ngkap di dalam longkang sebelum menghubungi pihak APM,” katanya.

Sumber-MH