Mungkin Antara Strategi Pemilik Kelantan FC

Kuala Lumpur: Selepas mengambil alih ‘The Red Warriors’ (TRW) Kelantan FC usahawan dan pakar pelaburan terkenal Norizam Tukiman jelas mempunyai cita-cita besar dalam arena bola sep4k apabila beliau dikhabarkan meng!ntai untuk mengambil alih kelab bola s3pak berpangkalan di Indonesia.

Beliau juga giat mendapatkan beberapa hotel di Bali untuk diserapkan dalam Hotel Zamburger yang sudah mempunyai 40 cawangan di Malaysia setakat ini.

Walaupun perkara terbabit belum diheb0hkan lagi, pemilik TRW Kelantan FC itu kini dalam usaha perbincangan dengan beberapa kelab Liga 2 Indonesia sebelum menandatangani perjanjian.

Menurut sumber, pemilik TRW Kelantan FC sudah dua bulan mengadakan perbincangan dengan kelab terbabit dan kini pada peringkat untuk memutvskan pasukan yang bakal diambil alih nanti.

“Norizam memang ada mengadakan perbincangan bersama beberapa pemilik kelab bola sepak Indonesia dan setakat ini semuanya positif apabila beliau menunjukkan minat untuk mengambil alih pasukan daripada negara jiran itu.

“Setakat ini, kos yang dikeluarkan untuk membeli kelab berkenaan masih lagi belum dinyatakan namun difahamkan menc3cah jutaan ringgit.

“Ini mungkin antara strategi Norizam pada masa akan datang terutama berkongsi kepakaran dan kemampuan kelab terbabit bersama TRW Kelantan FC,” katanya.

Sebelum itu Norizam menjadi ‘hero’ apabila pembelian TRW Kelantan FC dilihat menyelamatkan masa depan dan bola s3pak negeri berkenaan yang dih4ntui beb4nan hut4ng sejak 20 tahun lalu.

Anak jati Johor yang lebih dikenali sebagai Zamburger atau Zamsaham menjadi ‘bos baharu’ pasukan j4guh Pantai Timur itu selepas melabur RM6.8 juta untuk memiliki sepenuhnya saham dalam Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd pada September tahun lalu.

Malah, Norizam juga mengeluarkan duit poket sendiri kira-kira RM3.8 juta bagi menyelesaikan hutang dan tungg4kan gaji pemain termasuk yang membabitkan k3s Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (Fifa) dan tungg4kan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada masa sama, Norizam turut menjelaskan bayaran tungg4kan gaji skuad Piala Presiden serta Belia bagi musim 2019 dan 2020 berjumlah lebih RM195,476.

Sementara itu, Norizam ketika dihubungi Arena Metro mengesahkan perkara terbabit namun enggan mengul4s lanjut.

Sumber MH