Nampak Mudah Namun Cukup Berbeza “Sumareh”

Kuala Lumpur: Nampak mudah namun sebenarnya Liga Thailand cukup berbeza dengan persa!ngan yang hebat daripada beberapa pemain asing dan tempatan sekali gus menyebabkan individu berkelana di negara itu perlu bersedia mental serta fizikal.

Ia diakui pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh yang kini masih lagi dalam tempoh menyesuaikan diri bersama Police Tero FC untuk mendapatkan rentak permainan di liga berkenaan.

Sumareh berkata, pada peringkat awal dia sememangnya menghadapi masalah kecergasan berikutan lebih tujuh bulan tidak mengh4rungi sebarang aksi komp3titif.

“Saya c3dera, datang ke negara yang sama sekali baru, bermain di liga yang berbeza dan kali pertama dalam kesebelasan utama namun segalanya tidak menjadi masalah kerana corak permainan di Thailand agak berbeza.

“Mereka bermain dengan cepat dan agr3sif malah sentiasa menggunakan peluang yang ada untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

“Ini cepat, agr3sif dan jika anda mempunyai satu peluang, anda mengambilnya kerana garis skor (perbezaan) tidak banyak kerana sangat kompetitif dan kedudukan sentiasa berubah.

“Perkara paling penting adalah saya kini sudah mampu menyesuaikan diri dan memberi impak positif kepada pasukan dalam usaha mencapai kemenangan,” katanya.

Sumareh berkata, ketika ini, pasukannya mempunyai baki tiga perl4wanan iaitu men3ntang Nakhon Ratchasima, Trat dan BG Pathum United sebelum berakhirnya pusingan pertama.

“Sekiranya kami meneruskan rentak cemerlang kami akan memperbaiki lagi kedudukan pasukan dan ianya memberikan perkara positif kepada semua,” katanya.

Selain itu, pemain berusia 26 tahun itu turut melihat pengendali Polis Tero FC, Rangsan Vivatchaichok belum memberikannya maklum balas mengenai prestasinya setakat ini.

Dalam 14 perl4wanan terakhir, Police Tero FC hanya menang lima dan mengumpul empat seri serta empat kekalahan untuk mencatat 19 mata ketika juara Liga Thailand 2019, BG Pathum United mendahului kedudukan dengan 38 mata.

Sumber-MH