Nasib Baik Ada Orang Kebetulan Berada Di Tempat Kejadian

Klang: Seorang wanita berusia 34 tahun yang t3rjun dari sebuah jambatan di Jalan Dato Mohd Sidin dekat sini, semalam diselamatkan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pasukan bomba menerima panggilan mengenai ins!den wanita t3rjun dari jambatan pada 6.58 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja kemudian berg3gas ke lokasi dan mendapati laporan berkenaan benar berdasarkan kenderaan serta barangan milik m4ngsa ditinggalkan di lokasi kejadian.

“Selepas pencarian m4ngsa di lokasi kejadian gagal, Pos Kawalan Bomba (PKB) dibuka di Pangkalan Batu dan anggota bertugas meminta bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam.

“Bagaimanapun, keluarga m4ngsa kemudian tampil memaklumkan kepada pasukan bomba bahawa m4ngsa sudah diselamatkan orang awam dan berada di rumah.

“Komander operasi Kota Raja dan anggota EMRS serta pihak polis kemudian ke rumah m4ngsa di Taman Klang Jaya dan mendapati wanita berkenaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, m4ngsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk urusan selanjutnya dan PKB di Pangkalan Batu ditutup.

Sumber – MH