Nilai Pasaran Peny3rang Muda Sensasi Negara

KUALA LUMPUR: Nilai pasaran peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin diletakkan pada harga €50,000 (RM247,000).

Tanda harga itu diletakkan oleh laman sesawang bola s3pak terkenal, Transfermarkt selepas pemain kelahiran Kota Bharu itu menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk, kelmarin.

Berdasarkan laman web berkenaan, kontrak pemain berusia 18 tahun bersama kelab Belgium itu akan berakhir pada penghujung Jun 2025.

Berdasarkan penerangan daripada beberapa ejen pemain sebelum ini, tempoh kontrak dan usia pemain itu turut memainkan peranan dalam menilai harga pasaran seseorang pemain.

Jadi, berkemungkinan tanda harga yang diletakkan itu berdasarkan tempoh kontrak dan usia Luqman yang masih muda walaupun dia masih belum membuat penampilan bersama KV Kortrijk.

Luqman yang masih menjalani latihan bersama skuad bawah 19 (B-19) tahun negara dilap0rkan akan berangkat ke Belgium, minggu depan.

Sekiranya dapat membuat penampilan dan mempamerkan aksi cemerlang bersama KV Kortrijk, nilai pasarannya akan terus meningkat selepas ini.

Sumber-BH