Notis Peringatan Yang Tul4r Itu Betul

Kuala Lumpur: Jabatan Si4satan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesahkan mengeluarkan surat peringatan notis sam4n kepada orang kena s4man (OKS) seperti tvlar di media sosial.

Pengarahnya Datuk Azisman Alias berkata, notis itu dikeluarkan kepada OKS yang mempunyai s4man tertunggak.

“Justeru, orang ramai yang menerima notis berkenaan dig3sa membuat semakan s4man di mana-mana kaunter saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara dan melalui saluran semakan seperti dinyatakan dalam surat peringatan berkenaan.

“Pembayaran boleh dibuat di kaunter saman trafik IPD, pejabat Pos Malaysia Berhad dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azisman mengingatkan orang ramai yang berurusan di kaunter supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Terdahulu, tul4r di media sosial sekeping surat peringatan notis sam4n trafik yang menimbulkan kegvsaran orang ramai.

Sumber-MH