Pahang dimalukan lagi

SHAH ALAM: Pahang mengalami kekalahan kedua berturut-turut musim ini selepas tunduk 3-2 di tangan PJ City dalam aksi di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Anak buah Dollah Salleh sebelum ini tewas 2-1 kepada Selangor pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Darul Makmur, 29 Februari lalu.

Pada aksi sebentar tadi, perlawanan bermula rancak dengan PJ City membuka tirai jaringan menerusi Demba Camara pada minit ke-11.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan empat minit selepas Pahang berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil sepakan penalti Dickson Nwakaeme.

Enam minit selepas bersambung babak kedua, giliran Pahang pula berada di depan selepas Ivan Carlos mel3dak gol kedua Tok Gajah.

Namun, PJ City kembali mengik4t kedudukan pada minit ke-59 apabila R Barathkumar mudah mer3mbat masuk bola hantaran Camara.

Ketiga perlawanan seakan bakal berakhir dengan seri, Kogileswaran muncul wira PJ City selepas mel3dak gol kemenangan pasukannya hasil sepakan percuma pada masa keced3raan.