Pandangan Jurulatih Berpengalaman Terhadap Pasukan Ini

KUALA LUMPUR: Prestasi dua pasukan penuh tradisi iaitu Selangor FC (SFC) dan Sri Pahang FC (SPFC) mungkin dilihat agak meng3jutkan khususnya kepada penyokong yang memberikan jangkaan tinggi untuk mereka menc4bar kejuaraan liga.

Namun hanya selepas tujuh perl4wanan, potensi untuk menjadi penc4bar liga seakan makin jauh dari dak4pan selepas SFC dan SPFC masing masing menghuni kelompok pertengahan liga.

Malah, mereka bukan lebih dekat kepada tiga pasukan teratas liga namun lebih ‘rapat’ dengan zon peny!ngkiran di mana The Red Giants hanya berkelebihan empat mata dan SPFC pula satu mata dengan pasukan di tangga ke-11, Melaka United (MU).

BH Sukan mendapatkan pandangan jurulatih berpengalaman yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan, B Satianathan mengenai dua pasukan ini.

“Di atas kertas, SFC memang sebuah pasukan yang cantik jadi agak menghairankan dengan apa yang mereka ada, mereka berada di tangga ketujuh.

“Barisan pemain SFC pada musim ini adalah jauh lebih baik daripada apa yang saya ada ketika bersama pasukan itu pada musim lalu. Mereka ada barisan pemain kedua mahupun ketiga terbaik dalam Liga Super.

“Cuma harus diingat, kota Rom tidak boleh dibina dalam satu malam. Semua pihak harus bersabar cuma saya nasihatkan, lupakan dahulu DNA Jerman seperti yang diperkatakan itu.

“Saya lihat pemain SFC tiada pun main seperti Jerman. Tiada pun yang bermain seperti Thomas Muller, Timo Werner atau pemain Jerman yang lain.

“Seperti yang sudah saya katakan sebelum ini, penerapan DNA untuk pemain muda boleh dilakukan tetapi untuk pasukan utama, ia agak suk4r untuk dilakukan.

“Mereka perlu cari langkah yang terbaik untuk mengatasi mas4lah ini dan gunakan kualiti yang ada pada pemain dalam pasukan kerana kemenangan lebih mustahak.

“Hormati pemain yang kita ada dan cara mereka di atas padang. Hendak main DNA Jerman, tidak bolehlah sebab kalau perlu bertukar jurulatih, adakah SFC kena ambil jurulatih dari Jerman juga?

“Cuba lihat corak permainan Johor Darul Ta’zim (JDT), ada mereka panggil DNA Sepanyol?”

“Dengan perkembangan SPFC pada awal musim, memang kita sudah jangkakan mereka akan berg3lut pada musim ini selepas kehil4ngan pemain terbaik.

“Pemain pun hil4ng motivasi dan kurang bersemangat tidak seperti tahun sebelumnya sehingga menyebabkan mereka memulakan liga dengan keputusan yang kurang member4ngsangkan.

“Tetapi saya lihat pemain import yang dibawa masuk pun bukanlah pemain import yang berkualiti dan g4gal menyerlah untuk memberi imp4k kepada pasukan.

“Hanya import daripada musim lalu dan juga Lee Tuck yang memberi imp4k dan import lain tidak begitu berkesan. Saya nilaikan rating 4 atau 5 kepada mereka.

“Satu lagi persoalan adalah apabila kita membawa jurulatih berkualiti tinggi ke sana, adakah mereka boleh bekerja di sini dan dengan sumber yang mereka ada?

“Untuk membawa jurulatih dari luar, mereka perlukan masa untuk mengenal pemain tetapi Thomas Dooley hanya ada masa yang singkat pada pramusim sebelum ini.

“Pada perl4wanan pertama mereka ketika men3ntang SFC pun, saya lihat persembahan mereka kurang menyerlah dan t3was 3-1. Tetapi selepas digantikan dengan Dollah Salleh, adalah sedikit perubahan,”.

Sumber BH