Pandangan Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC

Kuala Lumpur: Pasukan bertanding dalam sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan ‘lampu hijau’ untuk mengadakan sesi latihan dalam masa terdekat.

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K Devan berkata berdasarkan pengalaman musim lalu, beliau berpandangan semua pasukan sudah matang serta mampu mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan MKN.

Devan berkata selaku pengendali beliau mahu pasukannya berlatih lebih awal untuk memastikan barisan pemain mencapai kecergasan optimum menjelang s3pak mula sa!ngan Liga-M 2021 yang telah dianjak daripada 26 Feb kepada 5 Mac depan.

“Kami sempat berlatih bersama selama dua minggu sebelum arahan Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) dikeluarkan dan buat masa sekarang, pemain sedang cuba mengekalkan tahap yang sudah dibina melalui latihan persendirian di rumah.

“Jika semua pasukan dibenarkan berlatih, ia sudah tentu baik buat pemain untuk meneruskan tahap kecergasan yang telah dibina sebelum ini memandangkan liga kita akan bermula sebulan dari sekarang,” katanya dalam kenyataan Liga Bola S3pak Malaysia (MFL) hari ini.

Pada masa sama, beliau meminta pasukan turut diberi ruang mengadakan perl4wanan persahabatan sebelum sa!ngan Liga M bermula untuk menguji kecergasan pemain serta kombinasi antara anak buahnya selain memperbaiki taktikal permainan pasukan.

Sementara itu, hasrat sama diluahkan ketua jurulatih Terengganu FC, Mohd Nafuzi Zain yang optimis setiap pasukan bersedia untuk mematuhi apa jua SOP ditetapkan demi memastikan pasukan dibenarkan mengadakan sesi latihan.

Menurutnya, kebanyakan pasukan memerlukan masa bagi membentuk keserasian sesama pemain.

“TFC banyak mengambil pemain baharu musim ini, jadi sudah tentu latihan secara bersama amat penting bagi mereka boleh memahami corak permainan yang akan saya terapkan selain faktor kecergasan,” katanya.

Selasa lalu, MFL membuat keputusan membatalkan sa!ngan Piala FA manakala sepak mula Liga M 2021 ditunda ke 5 Mac susulan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak hingga 4 Februari ini.

Sumber-MH