Pandangan Pengkr!tik Bola Sepak Pada JDT

KUALA LUMPUR: Hanya pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang boleh menew4skan Harimau Selatan!

Itu pandangan pengkr!tik bola s3pak, Serbegeth Singh selepas dia sekali lagi menjangkakan skuad Harimau Selatan itu akan terus mendominasi sa!ngan Liga Super sekali gus mer4ngkul kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut.

Sekalipun dia merasakan skuad bagi musim 2021 tidak sebaik seperti yang pernah ditonjolkan oleh skuad beberapa tahun sebelum ini, namun bekas penasihat global Blackburn Rovers itu tetap percaya skuad bimbingan Benjamin Mora itu suk4r untuk ‘dijinakkan’.

“Mungkin pemain bagi skuad musim 2021 tidak sebaik skuad terdahulu kerana mereka sebelum ini ada pemain lebih baik sebagai contoh Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz. Tetapi dengan kekuatan yang ada, saya jangkakan mereka akan tetap menjadi pilihan.

“Konsistensi mereka pada setiap perl4wanan menjadi faktor terbesar yang membantu mereka sehingga menjulang tujuh kejuaraan berturut-turut sebelum ini selain kecemerlangan pemain seperti Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid yang sentiasa mampu berbuat sesuatu ketika diperlukan.

“Jadi, sekarang ini hanya pemain JDT sahaja yang boleh menyebabkan JDT t3was contohnya masalah prestasi atau permainan yang tidak menjadi. Bagaimanapun, kejuaraan kelapan tetap akan menjadi milik mereka pada musim ini.

“Tetapi pasukan lain pun perlu juga bekerja keras. Jangan sekadar harap JDT untuk kecic!ran mata, sebaliknya mereka juga perlu sentiasa meraih keputusan yang konsisten untuk menc4bar JDT,” katanya.

Dalam masa sama, Serbegeth yang mesra disapa Shebby itu menganggap kepulangan bekas kapten, JDT, Safiq Rahim yang kembali menyertai pasukan itu bagi musim ini sebagai satu langkah yang dinantikan.

“Kita dapat lihat selepas pemergian Safiq yang meninggalkan JDT sebelum ini, JDT seakan kurang pemimpin di atas padang. Tetapi dengan adanya pemain tengah itu bersama pasukan, ruang kosong itu kembali dapat diisi,” katanya.

Terdahulu, ‘Maharaja Liga Super’ itu mengumumkan senarai penuh pemain yang bakal menggalas cab4ran JDT untuk meng4arungi musim 2021.

Tidak banyak perubahan dapat disaksikan dengan hanya empat pemain baharu disenaraikan bagi skuad 2021 iaitu Jonathan Herrera, Daniel Amier Norhisham, Mohamadou Sumareh dan juga Safiq.

Sumber-BH