Pandangan Peribadi Beliau Terhadap KUFC

Kota Bharu: Pemain pasukan Kelantan United (KUFC) musim ini mempunyai kualiti serta disiplin tinggi bagi memberi cab4ran pada sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Pengarah Teknikal KUFC, Nazrulerwan Makmor berkata aspek itu dinilai oleh beliau serta barisan jurulatih lain ketika sesi pra musim yang sedang dilakukan oleh pasukan itu.

“Dalam tempoh dua minggu sesi latihan dijalankan, secara peribadi saya berpuas hati dengan prestasi kualiti dan apa yang penting disiplin pemain ketika ini.

“Kita fokus pada kecergasan dan skil permainan, pemain nampak bagus, mereka ada kualiti, jika berjaya mencapai potensi, insya Allah mereka mampu memberi sesuatu kepada KUFC musim ini,” katanya.

Selain membawa masuk ketua jurulatih muda dari Jepun iaitu Akira Higashiyama, 31, KUFC menggunakan 90 peratus khidmat pemain muda yang berusia bawah 26 tahun bagi membawa cab4ran pasukan itu pada Liga M musim ini.

Nazrulerwan berkata pemain pasukan dilihat cukup bersemangat ketika sesi latihan selain aspek kesefahaman semakin baik ditunjukkan.

“Kita dapat lihat perkara ini lebih ketara pada pemain baharu yang dibawa masuk oleh pasukan, malah pemain yang dikekalkan musim lalu juga tidak kekok berlatih bersama dan ini satu permulaan yang baik,” katanya.

Nazrulerwan turut menjelaskan pihak kejurulatihan juga sedang menilai beberapa perkara lain dengan pengurusan kelab termasuk perl4wanan persahabatan dalam usaha mereka mengukuhkan pasukan sebelum sepak mula hujung Februari nanti.

“KUFC sedang menilai banyak perkara untuk persediaan terbaik pasukan, kami turut mengatur beberapa perl4wanan persahabatan mel4wan kelab-kelab terbaik di negara dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber-MH