Pandangan Peribadi Pengendali Sabah FC

Melaka: Keputusan pulang satu mata ketika aksi di gelanggang l4wan berdepan Melaka United (MU) 1-1 di Stadium Hang Jebat, malam tadi amat bermakna buat pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto berikutan tanpa empat import yang dinantikan.

Katanya, situasi terbabit mendorong dia mengubah taktikal menerusi sentuhan pemain tempatan yang jelas bekerja keras untuk memberi s4ingan dan membentuk persefahaman.

Menurutnya, kesemua pemain mengekalkan disiplin tinggi sepanjang permainan walaupun sedikit bertahan namun mereka bertindak mengikut perancangan.

Baginya, keputusan berkenaan amat bermakna dan melegakan kerana meningkatkan moral dan semangat pemain dalam perl4wanan yang amat suk4r terbabit.

Justeru, dia mengharapkan barisan import yang kini menjalani kuar4ntin akan dapat diturunkan pada aksi berikutnya selepas ini kerana ia mampu memp3rkasa sentuhan skuad berkenaan.

Mengulas persembahan pemain veteran Amri Yahya yang beraksi dengan baik beliau berkata, karakter bekas kapten kebangsaan itu amat bermakna bersama pasukan terbabit.

“Banyak orang mempersoalkan kenapa mengambil pemain berusia 40 tahun. Bagi saya secara peribadi Amri seorang pemain profesional sejati. Dia boleh merubah permainan di dalam padang serta jeneral di dalam padang.

“Di luar padang dia bertindak memberi ilmu yang ada termasuk menjaga badan, aturan makan dan rehat sekali gus amat positif bagi pemain muda kami,” katanya.

Amri yang memiliki pengalaman luas beraksi bersama Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MU serta Sarawak United FC dilihat masih mengekalkan persembahannya dengan sering mencipta ruang untuk mer3ncana persembahan Sabah dalam aksi berkenaan.

Malah dia beraksi 90 minit pada perl4wanan berkenaan dalam menyumbang kepada kutipan satu mata bermakna di bumi Hang Tuah.

Gol pendahuluan Sabah dalam perl4wanan berkenaan dicipta menerusi remb4tan kencang Hamran Peter pada mini ke-45 sementara S Kumaahran berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi hantaran Norde sekali gus melegakan tuan rumah.

Sumber MH