Pasukan Liga M Diminta Guna Kontrak Baharu Pemain

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bolas3pak Profesional Malaysia (PFAM) meminta semua pasukan bersa!ng dalam Liga Malaysia (Liga M) menggunakan Kontrak Pemain Profesional yang baharu berkuatkuasa 19 November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata beberapa pindaan dilakukan dalam kontrak baharu itu yang diharap dapat memastikan kepentingan kedua-dua pihak terjaga sepanjang tempoh keterik4tan ini.

Katanya, antara pindaan adalah membabitkan kewujudan klausa ‘force majeure’ yang pertama kali diperkenalkan dalam sejarah kontrak bola sepak di negara ini.

Berdasarkan semakan, klausa ‘force majeure’ membenarkan kedua dua pihak untuk bebas daripada liab!liti ataupun obl!gasi kontrak ketika berlakunya keadaan luar jangka yang berada di luar kawalan pihak yang terbabit seperti per4ng, rusvhan, jen4yah atapun pand3mik.

“Kita mengambil iktibar dari peristiwa pand3mik COV!D-19 yang memberi kesan sangat besar kepada bolas3pak tempatan terutamanya terhadap kepentingan pemain dan pasukan,” katanya di sini, hari ini.

Izham berkata PFAM juga memasukkan perkara prosedur yang perlu dibuat oleh seseorang pemain yang ingin menamatkan kontrak atas sebab tidak menerima gaji yang berjumlah lebih dari dua bulan bagi mengelak sebarang kekeliruan berkenaan proses penamatan kontrak.

Katanya, PFAM turut memberikan komen penambahbaikan kepada perkara berkenaan prosedur rungvtan bagi hal berkaitan kontrak, pelepasan pemain untuk panggilan tugas pasukan kebangsaan dan juga berhubung skim perlindungan insurans yang perlu diberikan perhatian terperinci di dalam kontrak.

“Selain itu, PFAM juga memberikan komen berhubung penekanan lebih jelas tentang status pemain yang tidak boleh ditamatkan kontrak akibat keced3raan dan prestasi. Kami mengg3sa setiap pasukan c4kna dan mengambil maklum berkenaan penggunaan kontrak pemain profesional yang baharu ini,” katanya.

Dalam masa sama, Izham turut mengingatkan supaya pasukan tidak memasukkan terma tambahan yang berc4nggah dengan terma asas di dalam kontrak baharu terbabit.

“Sebagai contoh, walaupun sudah jelas betapa seseorang pemain tidak boleh ditamatkan kontrak atas dasar prestasi tetapi masih ada pasukan yang melampirkan terma tambahan dengan meletakkan laporan prestasi sebagai syarat penamatan kontrak.

“Hal ini ternyata meny0ngsang dengan semangat asal kontrak pemain profesional dan ia seharusnya tidak berlaku. Namun PFAM juga ingin mengingatkan kepada semua ahli kami supaya melaksanakan obl!gasi kontrak dengan penuh dedikasi dan berintegriti,” katanya.

Sumber-BH