Pasukan Liga M Tak Perlu Risau

KUALA LUMPUR: Semua pasukan yang bersa!ng musim ini tidak perlu risau mengenai masa depan perjalanan Liga Malaysia (Liga M) meskipun situasi semasa pand3mik COV!D-19 di negara ini tetap masih berada pada tahap membimb4ngkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan pihaknya akan meneliti segala aspek sebelum mengambil sebarang keputusan termasuk menangguh atau menunda sa!ngan Liga M dari tarikh yang ditetapkan sebelum ini.

Katanya, walaupun liga mungkin ditunda, pasukan akan diberi ruang yang cukup dalam melakukan persiapan seperti disuarakan Presiden Persatuan Jurulatih Bolas3pak Malaysia (PJBM), B Sathianathan, semalam.

“Saya sendiri tidak menafikan terdapat kemungkinan liga akan ditangguhkan. Melihat kepada keadaan sekarang, saya tak boleh katakan liga akan kekal seperti dalam kalendar asal.

“Ya, kita ambil maklum mengenai keperluan pasukan dan ketika liga dibenarkan (bersambung semula) musim lalu, kita bagi pasukan berlatih dan kita faham keperluan pasukan.

“Kita sudah ada pengalaman tahun lalu (anjur liga ketika COVID-19) dan berjaya menghabiskan liga 2020. Kita akan bertindak ke arah itu atau menambah pilihan lain yang kita ada,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan Sathianathan menganggap penangguhan Liga M sebagai jalan terbaik supaya pasukan mendapat ruang yang secukupnya untuk menjalani latihan sebelum bert3mpur dalam sa!ngan kompetitif.

Beliau yang juga Pengarah Teknikal Sarawak United menjelaskan tempoh yang ideal bagi pasukan melakukan persiapan terbaik adalah selama tujuh minggu.

Jika liga tidak ditangguhkan dan bermula seperti jadual asal itu pada 26 Februari ini, pasukan hanya memiliki masa tiga minggu untuk melakukan persiapan sekiranya Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) tidak disambung selepas 4 Februari.

Selain itu, Ab Ghani menjelaskan keputusan mengenai perjalanan liga akan diputvskan Lembaga Pengarah MFL dalam masa terdekat.

Sumber-BH