Pec4t Jurulatih Skuad Bola S3pak Lagi

Kuala Lumpur: Ketika skuad Harimau Malaya ‘pen!ng’ menghitung hari untuk mencari waktu sesuai mengadakan latihan pusat pertama sejak November tahun lalu, lain pula ceritanya di kem Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Difahamkan, UAE kini amat tert3kan menjelang aksi men3ntang Malaysia dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac nanti apabila negara Asia Barat itu dilaporkan bakal mem3cat jurulatih mereka.

Ia susulan aksi tidak menentu di bawah kendalian jurulatih dari Colombia, Jorge Luis Pinto yang menyaksikan UAE t3was 1-3 kepada Bahrain minggu lalu.

Malah, ia adalah kekalahan kedua daripada tiga aksi sejak Pinto mengambil alih pasukan sekali gus melahirkan kebimbangan di kem UAE yang sedar akan kekuatan skuad Harimau Malaya terutama dengan kehadiran beberapa pemain di Eropah seperti Safawi Rasid dan Luqman Hakim Shamsudin.

Menurut laporan portal sukan UAE iaitu Ahdaaf, jawatan Pinto akan digantikan dengan jurulatih dari Croatia, Zoran Mamic.

Sekiranya sah Pinto dip3cat, beliau adalah jurulatih kedua dip3cat tahun ini selepas Ivan Jovanovic turut menerima nasib sama pada April lalu dengan kedua-dua jurulatih berkenaan belum sempat menguji anak buah Tan Cheng Hoe.

Aksi membabitkan UAE dan Malaysia sepatutnya berlangsung pada Mac lalu, namun ditunda ke Oktober sebelum sekali lagi dibawa ke tahun depan susulan penul4ran Cov!d-19 yang cukup membim4angkan di seluruh dunia.

Berdasarkan kedudukan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia itu, skuad negara berada pada kedudukan baik untuk layak ke pusingan ketiga selain layak secara automatik ke Piala Asia dengan wajib menamatkan sa!ngan tangga kedua kumpulan.

Ketika ini, skuad kendalian Cheng Hoe menghimpun sembilan mata di tempat kedua dengan Vietnam muncul pendahulu 11 mata.

Manakala, tiga lagi pasukan iaitu Thailand, UAE dan Indonesia masing-masing di tangga ketiga hingga kelima dengan Malaysia masih memiliki tiga baki perlaw4nan men3ntang UAE, Vietnam dan Thailand.

Sumber-MH