Pemain AMD Ada Ramuan Lengkap

Kuala Lumpur: Pemain di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang sebahagian besarnya dijangka membarisi Skuad Projek FAM-MSN dilatih dengan latihan berkualiti tinggi sekali gus menjadikan mereka bersedia untuk bersa!ng dalam Liga Perdana.

Ketua Pembangunan Remaja Negeri Program Pembangunan Bola S3pak Kebangsaan (NFDP), Aminuddin Hussin berkata, pihaknya mahukan pelatih AMD beraksi dalam perl4wanan kompetitif seperti di liga berkenaan.

“Liga Perdana adalah sa!ngan setaraf dengan mereka. Jika beraksi dalam sa!ngan lebih rendah, pemain di AMD sudah pun bermain di Piala Belia dan Piala Presiden seawal usia mereka 16 tahun.

“Tiada sa!ngan yang setanding buat tahap atau ‘level’ mereka setakat ini selain di Liga Perdana.

“Kalau hendak fikirkan kec3deraan, kita boleh dapat di mana-mana sahaja, hakikatnya ia terpulang pada kredibiliti seseorang jurulatih itu dalam menyediakan pemainnya. Aminuddin berkata, inisiatif menubuhkan Skuad Projek FAM-MSN ini sangat baik berikutan ia adalah kesinambungan kepada apa yang diusahakan ketika ini.

“Jika dilihat tidak semua pelatih AMD akan disunting oleh pasukan Liga Malaysia maka nanti bakat mereka akan malap begitu sahaja. Mungkin pasukan ini merasakan pemain ini masih muda, kurang yakin …saya tidak pasti.

“Yang diambil pula adakah khidmat mereka akan digunakan sebaiknya mungkin seperti yang kita latih di akademi? Pendekatan yang diambil FAM-MSN ini umpama penyelamat buat graduan kerana di dalam skuad ini pastinya mereka akan dibangunkan dengan seimbang seiring dengan apa yang sudah dipelajari mereka sepanjang di akademi,” katanya.

Senada dengan Aminuddin, ialah Pendidik Jurulatih dan Pencari Bakat NFDP, Datuk Richard Scully, yang menekankan keupayaan dan kredibiliti jurulatih memainkan peranan utama dalam penyediaan pemainnya bagi mengelakkan kec3deraan.

“Tidak wajar jika seseorang mengatakan tindakan meletakkan pemain ini ke Liga Perdana akan mendatangkan keced3raan sekali gus membvnuh mereka.

“Jika dilihat, atas pimpinan jurulatih terdahulu pemain AMD juga pernah ced3ra.

“Hakikatnya inisiatif ini sebenarnya hebat bagi menyediakan dan mend3dahkan pemain ini kepada perl4wanan sebenar dan kompetitif,” katanya.

Sumber-MH