Pemilik Kelantan FC Beri Penjelasan Isu Tersebut

Kuala Lumpur: “Saya dah selamatkan Kelantan FC dan keluarkan sampai RM6.8 juta untuk selesaikan semua hutang pemain, patutkah Kelantan FC dikatakan tak profesional?

“Bekas pemain yang keluarkan kenyataan terlebih dahulu di media s0sial berkenaan isu ini, bukan Kelantan FC.”

Demikian kata pemilik pasukan Kelantan FC Norizam Tukiman yang mengakui terk!lan apabila Kelantan FC did4kwa tidak profesional oleh Persatuan Pemain Bolas3pak Profesional Malaysia (PFAM) berhubung notis tuntvtan gaji lima bekas pemain The Red Warriors (TRW).

Jelas Norizam, Kelantan FC di bawah pengurusan baharu tidak mempunyai masalah untuk menjelaskan semua tunggakan gaji lima pemain berjumlah RM158,857 kepada Nazrin Nawi, Mohd Farisham Ismail, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Masaki Watanabe.

Namun permintaan beliau supaya lima tonggak terbabit menerima pemot0ngan sebanyak 50 peratus adalah bagi menghormati majoriti pemain lain yang sebelum itu bersetuju dengan pem0tongan berkenaan.

“Saya bukan jenis suka mengvngkit-ungk!t dan jauh sekali untuk tidak bersikap profesional. Kalau saya ini tak profesional, saya takkan menghabiskan duit untuk bayar semua tunggakan gaji pemain. Hanya lima pemain ini sahaja kerana mereka pentingkan diri sendiri.

“Kalau kata Kelantan FC tak profesional, adakah kelab Barcelona juga tak profesional apabila (Lionel) Messi dip0tong gaji sehingga 70 peratus bagi membantu kelab yang ters3pit ekoran pand3mik Cov!d-19 ini.

“Apalah sangat nak bandingkan Barcelona dengan Kelantan, tetapi sekurang-kurangnya fahamlah mengapa pemot0ngan itu perlu di kala kita semua berdepan masalah Cov!d-19.

“Macam saya katakan, saya tak ada masalah langsung nak bayar gaji pun kerana kami cukup profesional bila membabitkan hal perundangan tapi akhirnya pemain itu yang tak profesional dan mementingkan diri sendiri.

“Mereka tak faham, sepatutnya apabila 90 peratus setuju pem0tongan yang 10 peratus patut setuju,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Kelmarin, PFAM meny3lar tindakan TRW mend3dahkan notis tuntutan gaji lima bekas pemainnya kepada umum sebagai tidak profesional dan menuntut pengurusan pasukan terbabit menghormati kontrak pemain.

Sumber MH