Bos Zam Sudah Bersuara

Kuala Lumpur: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman ber4ng dengan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang meng4ncam untuk mem0tong tiga mata jika Persatuan Bolas3pak Kelantan (Kafa ) gagal menyelesaikan tunggakan gaji 11 bekas pemainnya.

FAM menerusi Jawatankuasa Statusnya semalam, memutvskan Kafa perlu menyelesaikan tunggakan berjumlah RM187,778.92 dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun, ris!ko pemot0ngan tiga mata yang akan dikenakan kepada Kelantan FC sekiranya gagal dilunaskan Kafa nyata dianggap tidak adil oleh Norizam ketika pasukannya kini sudah bergerak berasingan selari dengan konsep penswastaan.

“Kafa dah jelaskan, baki hutang mereka akan bayar. Kelantan FC dah nak fokus kedepan. FAM pula sepatutnya membantu penswastaan. Bukannya awal-awal dah cerita nak tol4k tiga mata, kemudian tanpa sebarang pertanyaan kepada kelab dan Kafa terlebih dahulu. Mohon FAM, biar lebih bijak dari biasa,” katanya di laman Facebook miliknya.

Kemar4han usahawan burger dan hotel itu tidak terhenti di situ, malah beliau mempersoalkan di manakah bayaran hak siaran aksi Liga Malaysia dan elaun pengadil yang belum dibayar.

“Hutang MFL (Liga Bolasepak Malaysia) siaran perl4wanan belum bayar! Hutang MFL duit pengadil pun belum bayar!. Apa perjuangan FAM? Renovate office (ubah suai pejabat)?,” katanya.

Selain itu, beliau juga mengaitkan kegagalan badan induk itu menguruskan soal penswastaan pasukan sama dengan kemer0sotan prestasi skuad Harimau Malaya.

“Privat!sation industri bola Malaysia adalah paling last di dunia, dan paling bijak! Ranking bola Malaysia 153 dunia. Paling mem4lukan! Siapa yang urus dan jaga bola sepak Malaysia?”

Sumber-MH