Penantian Luqman Akhirnya Terlaksana

KUALA LUMPUR: Penantian peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk kembali beraksi bersama skuad KV Kortrijk akhirnya terlaksana.

Pada aksi persahabatan dengan KV Oostende yang berlangsung, hari ini, Luqman masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-73, menggantikan peny3rang utama skuad itu, Teddy Chevalier.

Terdahulu kelab itu menerusi laman sosial rasmi mereka memaklumkan Luqman tersenarai dalam pemain simpanan bagi perl4wanan yang berkesudahan KV Kortrijk meraih kemenangan 2-1.

Biarpun hanya aksi persahabatan, namun ia pasti memberi makna buat Luqman dalam usaha meningkatkan keyakinannya dan memikat hati pengendali baharu KV Kortrijk, Luka Elsner.

Pemain berusia 19 tahun itu berehat panjang sebelum ini akibat keced3raan h4mstr!ng yang dialami pada Oktober lalu.

Selepas pulih daripada kec3deraan, Luqman sebelum ini pernah terbabit dalam satu aksi pemanas badan men3ntang Royal Excel Mouscron pada Januari lalu.

Bagaimanapun, Elsner setakat ini masih belum memberi peluang kepada Luqman untuk beraksi bersama skuad utama pasukan itu dalam s4ingan Liga Belgium.

Sumber BH