Penc4bar Utama Musim Depan

JURGEN Klopp menjangkakan Liverpool akan berdepan cab4ran untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City, Manchester United dan Chelsea pada musim depan.

Skuad bimbingan Klopp disahkan selaku juara liga minggu lalu sekali gus menamatkan penantian selama 30 tahun.

Mereka mengesahkan kemenangan itu ketika masih berbaki tujuh perl4wanan apabila selesa dengan kelebihan 23 mata berbanding City di tangga kedua menjelang pertemuan kedua-duanya awal pagi esok.

City melakar rekod Liga Perdana apabila meraih 100 mata ketika menjvlang kejuaraan liga dua tahun lalu manakala pada musim lalu, skuad bimbingan Pep Guardiola mengatasi Liverpool pada perl4wanan terakhir untuk muncul juara liga.

Ketika Klopp menanti upacara penghormatan yang akan dilakukan City di Stadium Etihad, beliau berkata keputusan perl4wanan terbaharu membabitkan kedua-dua pasukan bukan menjadi penanda aras untuk musim depan.

Pengendali dari Jerman itu percaya Liverpool dan City akan berdepan sa!ngan daripada United dan skuad muda Chelsea di bawah bimbingan Frank Lampard.

“Apa juga yang diperkatakan oleh orang ramai ia tidak penting untuk musim depan kerana sudah pasti kami (Liverpool dan City) perlu bersedia sepenuhnya,” kata Klopp.

“Kami dapat melihat peningkatan United. Orang ramai menyatakan mereka tidak mempunyai peluang tetapi kami sudah dapat menyaksikan betapa dengan barisan pemain sedia ada, mereka mampu menjadi pasukan yang bagus.

“Sudah pasti United tidak melalui kempen h4mbar pada musim baru nanti, begitu juga dengan Chelsea.

“Ia bukan membabitkan Liverpool dan City sahaja. Sejak dua tahun lalu sememangnya tangga teratas did0minasi oleh City dan Liverpool,” katanya.

Sumber-MH