Pencarian Tumpu Lokasi M4ngsa Ke-6 Ditemui

AGENSI Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) memperluas kawasan pencarian kepada 450 batu nautika bagi mengesan dua lagi m4ngsa bot terb4lik yang masih hilang sejak malam Isnin lalu.

Operasi mencari dan meny3lamat (SAR) turut tertumpu pada sektor kawasan penemuan m4yat keenam, petang semalam.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, sebanyak 15 aset daripada semua agensi SAR digerakkan bagi meneruskan pencarian yang masuk hari kelima, hari ini.

Katanya, m4yat Harun Daud, 57, ditemui pada jarak 20 batu nautika dari Kuala Kemasin, Bachok kerana kedudukan bot beralih selepas kejadian r!but.

“M4ngsa keenam (Harun) ditemui pada titik kedua lokasi bot terb4lik, kira-kira lima batu nautika jika dikira dengan lokasi m4yat kelima dan bot terb4lik berada selepas beralih kedudukan.

“M4ngsa ditemui di kedudukan ke arah Timur Laut, jadi sektor pencarian hari ini ditumpukan ke arah petunjuk yang ditemui semalam yang menjadi lebih efektif dan berkesan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, pihaknya turut berpandukan penemuan beg dipercayai milik m4ngsa bot terb4lik dan meneruskan pencarian berdasarkan petunjuk baru.

“Cab4ran utama yang kita hadapi adalah laut yang luas dan hari ini awan kelihatan tebal selain kita jangka berdepan cab4ran cuaca yang menjadikan masa terhad untuk buat rondaan.

“Jika cuaca di laut bertukar, kita terp4ksa batalkan SAR,” katanya.

Dua lagi m4ngsa bot terb4lik yang belum ditemui adalah biras kepada tekong bot, Arman Ismail, 43 dan pekerja bot, Che Wadi Bakar, 40-an.

Sumber-MH