Pendapat Pengendali Skuad Kebangsaan Terhadap Sumareh Ke JDT

KUALA LUMPUR: Ketika ada pihak yang menganggap penyertaan Mohamadou Sumareh ke Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh memusn4hkan masa depan karier pemain itu, namun lain pula pendapat pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Bekas jurulatih Kedah itu menyifatkan penghijrahan pemain berstatus kebangsaan itu ke JDT harus dilihat dari sudut positif yang mana ia turut boleh menyumbang kebaikan buat skuad Harimau Malaya.

Katanya, dengan fasiliti terbaik dan sa!ngan s3ngit antara pemain untuk mer3but tempat dalam skuad utama Harimau Selatan boleh mewujudkan persa!ngan sihat atau usaha ‘sama naik’ semua pemain.

“Saya rasa dengan suasana, fasiliti terbaik dan dibarisi pemain yang orang kata berkualiti akan memberi satu sa!ngan s3ngit.

“Bagi saya pemain yang ada di JDT mempunyai kelebihan termasuk persa!ngan sihat dalam latihan dan perl4wanan, memang ada manfaat untuk pasukan kebangsaan,” kata Cheng Hoe kepada BH Sukan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penyertaan pemain naturalisasi pertama negara, Sumareh ke JDT selain skuad Harimau Selatan turut dibarisi sebahagian besar pemain berstatus kebangsaan.

BH Sukan semalam turut melaporkan selaku pemain baharu, Sumareh perlu ‘meng4um’ lebih kuat dalam ‘kandang’ Harimau Selatan untuk bersa!ng mer3but tempat dengan pemain lain termasuk tonggak utama, Safawi Rasid di bahagian sayap kanan.

Ia susulan pelbagai reaksi sama ada positif dan neg4tif turut dibuat beberapa pihak selepas pemain kelahiran Gambia itu sah menyertai skuad Harimau Selatan minggu lalu.

Ada yang menganggap Sumareh boleh ‘tengg3lam’ dan terp3rap di bangku simpanan sekiranya tidak dapat menyaingi pemain lain dalam skuad juara bertahan Liga Super tujuh kali berturut-turut itu.

Malah, ada juga yang melabel skuad Harimau Selatan sebagai jelmaan skuad Harimau Malaya atau ‘Harimau Malaya II’ kerana dibarisi hampir keseluruhan bintang skuad kebangsaan termasuk pemain berdarah campuran.

Sumber-BH