Pengajaran Fenomena Daud

SUDAH lama penulis ingin menulis mengenai keb4ngkitan saluran YouTube yang menampilkan perjalanan hidup saudara baharu di negara yang penganut Islam adalah kumpulan minoriti. Antara nama yang sudah bermain di fikiran adalah Daud Kim dan Yongsworld, masing-masing dari Korea Selatan dan terbaharu Jay Palfrey dari United Kingdom.

Namun daripada ketiga-tiga individu ini, Daud Kim adalah YouTuber paling popular apabila ia sudah mengumpul lebih dua juta pengikut. Mungkin ramai juga sudah tahu bahawa sebelum aktif sebagai YouTuber, Daud pernah menjadi penyanyi di negaranya.

Malah, dia yang sebelum ini dikenali sebagai Jay Kim pernah popular di Indonesia apabila menyanyikan lagu Cukup Tahu nyanyian asal Rizky Febian dalam Bahasa Korea.

Selepas melafazkan syahadah, popularitinya mel0njak apabila video yang memaparkan kehidupan sehariannya sebagai saudara baharu di Korea Selatan itu mendapat sambutan luar biasa oleh pelayar internet terutama di negara yang penduduk majoritinya adalah Muslim.

Populariti YouTuber ini juga membuka pintu kepada pengenalan banyak personaliti media sosial beragama Islam di Korea Selatan.

Malah, sesiapa sahaja akan merasa kagum apabila mendapat tahu Daud dan rakannya, juga saudara baharu berbangsa Korea, seperti Yong, berusaha untuk menunaikan solat, berpuasa pada Ramadan dan menyambut Aidilfitri dan Aidiladha.

Ramai juga berdebar ketika menyaksikan reaksi ibu Daud ketika lelaki itu mengakui dirinya sudah menganut Islam.

Apa tidaknya, kebanyakan rakyat Korea Selatan – seperti juga di negara yang Muslim bukan penduduk majoriti – menganggap perbuatan itu sesuatu yang gil4.

Ada yang memandang ser0ng dengan mend4kwa individu seperti Daud menganut Islam semata-mata untuk mendapatkan jumlah pengikut di media sosial.

Ada pula yang mendakwa mereka dip4ksa menganut Islam. Ini kerana pada pandangan masyarakatnya, Islam itu adalah Arab dan Arab itu adalah pengg4nas.

Namun, pengaruh Daud dan rakan YouTubernya seperti Yongsworld amat luar biasa. Secara peribadi, ia mengajak penulis berfikir mengenai ajaran sebenar Islam.

Sebagai individu yang dilahirkan sebagai Melayu Islam, sering kali kita terlupa bahawa kita ini Islam pada nama sahaja. Kebanyakan amalan kita terhad pada ritual, hanya pada ‘kulit’, tetapi tanpa pengisian atau tidak dihayati dalam erti kata sebenar.

Sementara bagi saudara baharu seperti Daud, mereka berusaha sedaya upaya untuk menghayati Islam dengan memilih makanan halal, berpuasa dan menunaikan solat. Bayangkan, antara cab4ran terbesar mereka hadapi adalah untuk mendapatkan pilihan makanan Korea, tetapi halal.

Bunyinya seperti r3meh bukan? Namun, cuba bayangkan anda diminta untuk meninggalkan makanan tradisi untuk selama-lamanya ketika usia yang masih muda.

Ini belum lagi cab4ran untuk menerangkan kepada ahli keluarga mengapa mereka tidak boleh memakan daging b4bi, atau memakan daging ayam yang tidak disembelih mengikut cara Islam.

Mungkin ramai juga masih ingat satu video di mana Daud memberi hadiah al-Quran ketika meraikan ulang tahun ibunya. Ramai juga ‘jiwa’ yang tersentuh apabila dia cuba untuk berdakwah kepada ibunya yang beragama Kristian. Sedangkan, Daud ketika itu, belum pun dua tahun memeluk Islam.

Justeru, ramai yang berat hati untuk membincangkan kes yang melanda Daud, baru-baru ini. Dia ditvduh terbabit dalam d4kwaan melakukan ser4ngan s3ksual kepada seorang wanita, sebelum menganut Islam.

Daud juga sudah memuat naik satu video yang menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku. Dalam video berkenaan, Youtuber ini turut memohon maaf terhadap m4ngsa.

Namun, di sebalik apa yang berlaku, semua pihak perlu sedar bahawa Daud juga adalah sama seperti manusia lain yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Malah – tanpa cuba memberi justifikasi terhadap perbuatannya – kita dapat lihat bahawa tingkah laku ramai orang Melayu di negara ini yang lebih jauh ters4sar daripada landasan Islam.

Dalam hal ini, ser4ngan s3ksual tetap satu kesalahan. Sama ada Daud akan dikenakan tindakan susulan, itu topik lain.

Namun, hanya kerana kita dilahirkan sebagai Islam, ini tidak bermakna kita lebih baik daripada mereka yang baharu memeluk Islam.

Status Islam pada MyKad juga bukan satu jaminan atau pas ekspres ke syurga. Ia juga sama sekali bukan lesen untuk kita sewenang-wenangnya menghakimi seseorang.

Sebagai manusia biasa, kita tidak akan pernah tahu apa yang tersirat dalam hati sanubari seseorang.

Penulis Penolong Pengarang Berita Harian Metro

Sumber-MH