Pengakuan Beliau Bersama Melaka

Kuala Lumpur: Pemain pertahanan Melaka, Faris Shah Rosli mengakui masih belum puas menimba pengalaman bersama Melaka meskipun sudah hampir empat musim beraksi untuk pasukan itu.

Ini adalah musim keempat pemain berusia 26 tahun itu beraksi bersama Melaka sejak meninggalkan pasukan Kelantan pada pertengahan musim 2018 dan merasakan sudah cukup selesa untuk terus menabur bakti di bawah skuad kendalian Zainal Abidin Hassan dalam sa!ngan Liga Super musim ini.

Jelasnya, walaupun agak berg3lut untuk kembali mencipta nama selepas men3mpuh fasa keced3raan ACL sebelum ini pada tahun 2017, Faris tetap bersyukur apabila masih diberi peluang dan kepercayaan oleh Melaka untuk terus berkhidmat bersama pasukan itu.

Bekas kapten pasukan skuad bawah 22 tahun negara ini nyata tidak ingin berpvtus asa dan mahu berusaha keras bagi mencapai prestasi yang lebih memu4skan untuk musim ini.

“Ini tahun keempat saya bersama Melaka dan saya sememangnya cukup selesa beraksi dengan pasukan ini selepas berbakti dengan Kelantan selama dua musim sebelum ini.

“Rakan sepasukan juga cukup membantu saya sehinggalah sekarang dan itu yang membuatkan saya rasa sayang nak tinggalkan pasukan ini dan pastinya masih belum rasa puas.

“Kalau nak ikutkan, sebagai pemain yang pernah berdepan keced3raan ACL, memang bukan mudah untuk saya beraksi sepertimana saya lakukan sebelum saya ced3ra,” katanya.

Pemain kelahiran Kelantan ini turut mengakui sering berdepan persa!ngan s3ngit bersama Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman dan Khairul Anwar Shahrudin untuk mer3but tempat dalam kesebelasan utama sebelum ini.

Bagaimanapun, Faris menganggap per3butan tempat dalam skuad utama itu tidak pernah melem4hkan semangatnya sebaliknya membuatkan dia lebih rasa terc4bar untuk sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap perl4wanan.

“Jujur saya cakap memang menc4bar untuk r3but tempat sebagai pemain utama sebelum ini apabila bersa!ng dengan kedua-dua pemain itu.

“Tetapi, walaupun tidak semua perl4wanan saya diletakkan dalam kesebelasan utama, jurulatih (Zainal Abidin Hassan) masih memberi peluang kepada saya untuk pert4ruhkan aksi di atas padang walaupun sebagai pemain simpanan,” katanya.

Sumber-MH