Pengakuan Khabib

MOSCOW: Khabib Nurmagomedov menamakan Gleison Tibau sebagai l4wan paling sukar sepanjang karier UFCnya.

Atlet Russia itu bersara dengan rekod sempurna 29-0 selepas kemenangan ke atas Justin Gaethje di Fight Island.

Walaupun Khabib pernah bert4rung dengan nama-nama besar seperti Conor McGregor, Dustin Poirier dan Rafael dos Anjos, Tibau diletakkan sebagai l4wan paling menc4bar daripada segi fizikal.

Khabib, 32, bagaimanapun mengakui kemenangan UFC229 ke atas McGregor adalah yang paling beremosi, sebelum dia bert4rung buat kali terakhir men3ntang Gaethje.

“Saya rasa salah untuk menamakan hanya seorang. Yang paling sukar ialah l4wan pada Oktober 2018, lebih emosi berbanding fizikal. Gleison Tibau pada tahun 2012,” kata Khabib.

Khabib bert4rung dengan atlet Brazil itu pada pert4rungan keduanya di UFC 148 pada Julai 2012, selepas men3waskan Kamal Shalorus pada penampilan sulungnya.

Sumber-BH