Pengakuan Pengendali Dari Jerman Terhadap Sri Pahang FC

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel tetap mengambil sikap berhati-hati walaupun Red Giants dilabel sebagai pasukan pilihan untuk memenangi aksi berdepan Sri Pahang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Berdasarkan ris!kan yang dilakukan, pengendali dari Jerman itu bagaimanapun mengakui kemampuan skuad Tok Gajah tidak boleh dipandang rendah kerana turut dibarisi pemain yang berkualiti.

“Mereka ada Mamadou (Wague) dan (Herold) Goulon yang mana Pahang sememangnya cukup kuat pada aspek fizikal di bahagian pertahanan selain Lee Tuck dan Nor Azam Azih yang mampu menjadi perancang utama.

“Namun, saya amat gembira kerana kami mempunyai lebih 11 pemain yang bersedia mendapatkan tempat dalam skuad utama dan situasi ini sesuatu yang baik buat pasukan.

“Dalam tempoh beberapa perl4wanan akan datang, saya amat memerlukan semua pemain untuk bersedia kerana kita akan lalui satu musim yang panjang,” katanya.

Selangor dan Pahang dic4nang sebagai antara pasukan yang mampu menc4bar kejuaraan Liga Super yang sudah dipegang Johor Darul Ta’zim sepanjang tujuh musim berturut-turut.

Pert3mbungan taktikal dua jurulatih dari Jerman, Neitzel dan Thomas Dooley juga menjadi elemen menarik yang bakal disaksikan pada aksi Selangor dan Sri Pahang.

Sumber MH