Pengendali KDA FC Beri Ingatan

ALOR SETAR: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak tidak memandang mudah kunjungan Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman,di sini, malam esok.

Katanya, kejayaan memenangi empat aksi berturut-turut sebelum ini bukan jaminan untuk skuadnya mampu meraih mata penuh apabila berdepan pasukan penc4bar utama kejuaraan liga musim ini.

“Kemenangan empat kali berturut-turut tidak bermakna kami boleh berasa selesa walaupun beraksi di laman sendiri. Malah kami perlu terus bekerja keras dan tidak mahu leka serta ambil mudah dengan mana-mana pasukan sekalipun.

“Tambahan pada kali ini pula kami berdepan TFC yang pastinya satu perl4wanan s3ngit dan menc4bar. Kami tahu kehebatan TFC yang mampu melakukan k3jutan seperti pada musim lalu.

“Saya tetap mengingatkan pemain apabila wisel ditiupkan nanti, saya mahu pemain yang tersenarai terus fokus dalam aksi membvru tiga mata dan berju4ng sepenuh hati untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Selepas tujuh perl4wanan, KDA FC menghuni tangga kedua liga hasil kejayaan mengumpulkan 16 mata, ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala TFC di tangga keempat dengan himpunan 12 mata.

Pada aksi terakhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, skuad Helang Merah menundvkkan Selangor FC, 2-1.

Mengulas lanjut, Aidil berharap kehadiran semula penonton di Stadium Darul Aman esok akan membantu menyem4rakkan lagi semangat anak buahnya bagi mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut.

Sumber BH