Pengesahan Perkembangan Terengganu FC

Kuala Terengganu: Walaupun berada dalam tempoh Perintah Kaw4lan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pemain Terengganu FC (TFC) tetap mempamerkan semangat yang tinggi ketika menjalani sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak.

Mengesahkan perkembangan itu, Pengurus TFC, Zulfadli Rozi berkata, meskipun latihan tidak dapat dijalankan seperti biasa, pemain tetap lega kerana dapat turun menjalani latihan di padang enam hari seminggu.

“Namun begitu latihan dalam tempoh PKPB ini tidak dapat diadakan seperti biasa, iaitu tanpa sentuhan dan latihan pun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Mereka dibahagikan kepada 10 pemain setiap sesi yang diadakan pada sebelah pagi dan petang selain perlu ada penjarakan fizikal antara pemain dan barisan jurulatih.

“Walaupun terpaksa mengikut SOP, pemain tetap teruja dan bersemangat kerana mereka masih lagi dibenarkan turun menjalani latihan di padang,” katanya kepada Sukan NSTP hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan enam aksi persahabatan yang sudah dirancang terpaksa dibatalkan berikutan PKPB sehingga 26 Januari ini.

Nasib sama juga dilalui pasukan Terengganu FC II (TFC II) kendalian jurulatih baharu, Badrul Afzan Razali yang terpaksa melupakan kejohanan empat penjuru bersama UiTM FC, PDRM FC dan Kuala Lumpur.

“Kita sudah mengatur sekurang-kurangnya enam aksi persahabatan di Lembah Klang dengan pasukan Pulau Pinang, Melaka United, Negeri Sembilan beberapa lagi pasukan, namun terpaksa dibatalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB. Begitu juga aksi persahabatan di Kelantan juga terpaksa ditangguhkan.

“Mungkin jika keadaan kembali reda dan kerajaan membenarkan mer3ntas negeri, kita akan menyusun kembali aksi berkenaan bagi menilai prestasi semasa pasukan sebelum sa!ngan Liga Super nanti,” kata Zulfadli yang mengharapkan pertandingan dapat dilangsungkan mengikut jadual jika keadaan negara kembali normal w4bak pand3mik Cov!d-19.

Sumber-MH