Penjaring Terbanyak? Bukan Fokus Utama

Peny3rang Import Terengganu FC (TFC) kelahiran Mauritania, Dominique Da Sylva yang memulakan latihan pertama petang tadi enggan meletakkan sas4ran peribadi untuk mengekalkan status sebagai penjaring terbanyak Liga Super.

Sebaliknya, bekas pemain kelab Sai Gon FC dalam Liga Vietnam itu kini fokus kepada usaha untuk mengembalikan prestasi terbaiknya sebagaimana permulaan liga bagi memastikan mampu memberi sumbangan bermakna buat pasukan.

Pemain berusia 31 tahun yang meng!kat kontrak setahun bersama skuad Penyu itu juga sudah bersedia sekiranya Liga Super bersambung lebih awal kerana dia sudah tidak sabar mel3dak gol selepas lebih tiga bulan tidak beraksi akib4t COVID-19.

“Kami perlu bermula dengan sifar semula. Namun sebagai pemain profesional yang sudah ‘masak’ dengan sukan ini, saya tiada masalah menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan sa!ngan liga.

“Jika tanya saya adakah saya mahu membu_ru Kasut Emas dengan baki lapan perlawanan lagi, saya tidak meletak sas4ran itu sebaliknya fokus utama saya adalah tiga mata dalam setiap perlawanan untuk mengintai peluang dalam kelompok teratas liga,” katanya selepas tamat sesi latihan petang tadi.

Da Sylva yang kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan empat gol, menjalani latihan bersama rakan sepasukannya di Padang C, Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) di Gong Badak, dekat sini.

Sumber : https://www.bharian[.]com.my/sukan/bola/2020/06/703141/da-sylva-enggan-letak-sasaran-kasut-emas