Penjelasan Dari Media Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU: Kelab bola sep4k Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak akan membuka kaunter jualan tiket bagi aksi skuad Harimau Selatan men3ntang Melaka United FC (MUFC) dalam s4ingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun rasmi media sosial, Johor Southern Tigers, sebaliknya menjelaskan hanya pemegang pas bermusim Platinum dibenarkan masuk manakala bilangan pemegang Gold pula terhad.

“Berikutan prosedur op3rasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (MKN) dan Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) hanya membenarkan 2,000 penyokong boleh masuk ke stadium.

“Semua pemegang pas bermusim Platinum dibenarkan masuk dan hanya perlu hadir ke stadium pada tarikh perlaw4nan dengan membawa pas bermusim masing-masing.

“Bagaimanapun, jumlah yang dibenarkan untuk pemegang pas bermusim Gold adalah terhad ekoran syarat yang ditetapkan oleh MKN dan MFL,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan, pemegang pas bermusim Gold perlu mengambil kod imb4san untuk pas masuk ke stadium di kaunter pandu laju Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Khamis ini bermula 12 tengahari hingga 8 malam atau pada Jumaat bermula 10 pagi hingga 1 tengahari.

Kenyataan itu menegaskan kad pas bermusim perlu ditunjukkan dan pengambilan oleh pihak ketiga dibenarkan manakala satu pas bermusim layak untuk mendapat satu kod imbasan.

“Pemegang pas bermusim Gold perlu kekal di dalam kenderaan masing-masing ketika pandu lalu kerana tiada kaunter fizikal disediakan dan hanya mereka yang mempunyai kod imbasan atau kad pas bermusim Platinum sahaja dibenarkan untuk berada di kawasan stadium pada hari perl4wanan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, MFL dalam kenyataannya memaklumkan Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai gelanggang pertama untuk membenarkan kemasukan penyokong dalam skala kecil bagi menyaksikan perl4wanan s4ingan liga.

Sumber BH