Penjelasan KAFA Jika Benar Ianya Berlaku

Kuala Lumpur: Persatuan Bolas3pak Kelantan (Kafa) bersedia menyelamatkan Kelantan FC jika benar kelab itu ber!siko dip0tong tiga mata oleh Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM).

Menurut Naib Presiden Kafa, Ahmad Muzakkir Hamid, dakw4an bahawa Kelantan FC bakal dikenakan pem0tongan mata sekiranya Kafa gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemainnya wajib ditanggung sepenuhnya oleh pihaknya.

Katanya, tidak wajar Kelantan FC dikenakan hukvman itu kerana berdasarkan perjanjian yang dicapai bersama pemilik kelab iaitu Norizam Tukiman ketika membeli pasukan Red Warriors adalah segala hutang dan tunggakan ditanggung oleh Kafa.

Justeru, pihaknya bersedia mempertahankan Kelantan FC dengan merayu kepada FAM supaya hukvman itu tidak dikenakan kepada pasukan yang akan beraksi di Liga Perdana musim ini.

“Jika betul berlaku pemot0ngan mata kepada Kelantan FC, saya sendiri secara peribadi akan mengusulkan dalam mesyuarat nanti supaya Kafa merayu kepada FAM untuk tidak dikenakan apa jua hukvman kepada Kelantan FC, kerana ia sudah di bawah tanggungjawab Kafa sepenuhnya hutang terbabit,” katanya.

Menurut Muzakkir, tunggakan itu adalah hutang di bawah pengurusan terdahulu di mana ia baru dibuat tuntutan oleh pemain.

Jelasnya, semasa penjualan Kelantan FC, pemain terbabit tidak membuat tuntutan melalui Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) kepada FAM.

“Kita akur atas apa jua keputusan daripada FAM dan hutang itu di bawah tanggungjawab Kafa,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penajaan Kafa.

Sumber-MH