Penjelasan Kelantan FC Berkaitan Isu Terbabit

KUALA LUMPUR: Kelantan FC menegaskan pertukaran pemain yang dilakukan pada minit ke-90+2 pada aksi bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC) pada 27 Ogos lalu sudah mendapat ‘kelulusan’ daripada pegawai perl4wanan yang bertugas.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norizam Tukiman dalam satu kenyataan menjelaskan tidak wajar kesal4han itu ditujukan kepada Kelantan FC atas kesil4pan pegawai perl4wanan yang bertugas pada perl4wanan terbabit.

“Sebelum melakukan pertukaran pemain kelima yang dibuat pada minit ke-90+2, penolong jurulatih TRW sudah merujuk terlebih dahulu kepada pengadil keempat yang bertugas dan selanjutnya memberikan kelulusan serta pengesahan untuk pertukaran boleh dilakukan.

“TRW ingin menegaskan rujukan awal sudah dibuat terlebih dahulu sebelum pertukaran pemain dibuat yang mana ia adalah menurut kepada kelulusan yang diberikan pegawai perl4wanan.

“Kami berharap Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) mengambil pertimbangan dan keputusan secara telus terkait ins!den ini,” katanya.

Terdahulu, skuad Jang sepatutnya meraih tiga mata ‘percuma’ meskipun t3was 2-1 di tangan Kelantan FC memandangkan skuad The Red Warriors melakukan kesil4pan ketika pertukaran pemain.

Ini kerana pasukan The Red Warriors melakukan pertukaran lima pemain namun sebanyak empat kali pada minit ke-71, minit ke-82, minit ke-85 dan minit kedua masa tambahan.

Berdasarkan undang-undang pertukaran pemain yang diperkenalkan Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA) tahun lalu, lima pemain boleh digantikan namun ia hanya dibenarkan sebanyak tiga kali dalam satu perl4wanan.

Justeru, Kelantan FC menurunkan pemain yang tidak layak beraksi dan berdasarkan ketetapan Kod Disiplin FIFA, pasukan l4wan sepatutnya diberikan kemenangan percuma 3-0.

Namun, sumber memaklumkan keputusan MFL yang tidak memberikan kemenangan percuma dan tiga mata kepada NSFC menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kem pasukan terbabit.

Sumber-BH