Penting Buat KDA FC Bagi Memulakan Langkah Positif

ALOR SETAR: Kelab penyokong Kedah melalui Gabungan Ukhwah Lang Merah (GULM) berharap bekalan motivasi yang mengiringi pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ke Johor malam esok bakal membantu mereka memenangi perl4wanan Sumbangsih kali ini.

Jurucakap GULM, Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata kejayaan mer3but Piala Sultan Ahmad Shah dengan mengatasi juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) itu penting bagi memulakan langkah positif skuad Lang Merah menghadapi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Kami sebagai kelab penyokong sentiasa membekalkan semangat buat pasukan dan tidak mengharapkan apa-apa balasan atau ganjaran. Cukuplah kami dihadiahkan dengan kemenangan sekali gus membawa pulang piala itu selepas kali terakhir empat tahun lalu.

“Inilah bekalan semangat yang kami tiupkan selama ini untuk semua pemain KDA FC agar sentiasa berju4ng berhabis-habisan dalam membvru kejayaan yang diidamkan,” katanya di sini, hari ini. GULM ketika ini dianggotai 25 kelab penyokong bola sepak di Kedah.

Safarizal berkata walaupun penyokong belum dibenarkan masuk ke stadium buat masa ini, pihaknya yakin pemain mampu menyerap semangat `pemain ke-12′ seolah-olah mereka sentiasa bersama sepanjang perl4wanan itu.

“Kepada pasukan Kedah, walaupun anda bermain dalam stadium tanpa penyokong, namun anda tidak perlu bimbang kerana anda tidak bersendirian. Penyokong Kedah tetap ‘ada’ di mana-mana dan kami sentiasa berdoa dari kejauhan”.

“Berjuanglah demi lencana didada, demi negeri Kedah dan demi semua penyokong yang mengharapkan kejayaan pada musim ini. Kami mengharapkan mereka melangkah dengan penuh harapan, dan pulang membawa kejayaan. Pulun Kedah Pulun,” katanya.

KDA FC dan JDT dijadual ber3ntap di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok bagi pembukaan sa!ngan Liga M musim ini menerusi perl4wanan Sumbangsih mer3but Piala Sultan Ahmad Shah.

Sumber BH